Tentu ramai di kalangan rakan-rakan guru di sekolah anda telah bersara atau hampir menamatkan perkhidmatanya bukan? Perkara yang selalu bermain di minda kita adalah, hadiah apa yang hendak diberikan kepada mereka yang bakal berpencen atau bersara ini?

Ramai yang cadangkan bagi hadiah yang boleh diguna atau dimanfaatkan, supaya tidaklah ia dijadikan simpanan sahaja. Walaupun harganya tidaklah seberapa, namun nilai persahabatan itu lebih berharga. Di sini dikongsikan contoh hadiah yang boleh diberikan untuk guru lelaki dan perempuan yang bersara:

Jam Tangan

Jam tangan merupakan hadiah yang popular diberikan kepada guru lelaki mahupun juga guru wanita. Pilihlah jam yang bersesuaian dengan citarasa si pemakai, Mungkin kita perlu tengok jam jenis apa yang dia selalu pakai.

Al-Quran dan Buku

Salah satu hadiah yang wajib diberikan untuk mereka yang beragama Islam khususnya. Insya Allah ia akan memberi manfaat kepada mereka yang membacanya dan juga kepada pemberinya. 

Pakaian

Pakaian juga boleh diberikan kepada mereka, biasanya kalau perempuan selalu diberikan tudung atau selendang. Sekiranya hendak memberi baju juga tiada masalah, cuma perlulah tahu saiz yang mereka pakai.

Kasut

Kasut juga antara hadiah yang popular diberikan, sama ada lelaki atau perempuan, mungkin tidak perlu beri kasut kulit, maklumlah dah bersara. Namun perlu berhati-hati takut tersalah saiz.

Sejadah / telekung

Hadiah bentuk ini sangat sesuai kerana kebanyakan mereka akan memanfaatkan pemberian ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Antara lain bentuk ini adalah seperti kopiah, tasbih, kain pelikat dan sebagainya

Bunga dan Coklat

Hadiah bentuk ini adalah antara hadiah yang popular dan pasti disukai oleh semua. Bunga dan coklat adalah simbol penghargaan. Ia sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Minyak Wangi

Salah satu hadiah yang paling banyak diberikan. Hadiah ini pasti sangat dihargai kerana meninggalkan bau yang harum kepada penerimanya

Bantal

Hadiah bantal kelihatan aneh tetapi ia amat sesuai kerana ia pasti akan digunakan, bantal berkualiti Premium disarankan.

Peralatan Memasak

Sekiranya anda tahu guru tersebut seorang yang suka memasak, apa kata anda hadiahkan mereka peralatan memasak yang berkualiti tinggi, sama ada periuk atau kuali yang premium.

Barang Elektrik

Barang elektrik juga selalu diberikan, cuma ia kurang popular untuk guru yang dah bersara, namun tidak menjadi masalah kerana ia juga boleh digunakan.

Frame Ayat Al-Quran

Hadiah ini juga agak popular dalam bajet sederhana. Biasanya, frame tersebut merupakan frame hiasan yang terdapat tulisan ayat-ayat al-Quran atau doa.

Toto

Toto juga satu idea yang menarik, walaupun pasti dia sudah ada banyak toto, namun ia masih menjadi keperluan untuk mereka di rumah.

Barang Kemas

Untuk guru perempuan, barang kemas sesuai diberikan, ia satu hadiah yang sangat bernilai dan disukai. Biasanya guru-guru lain akan mengumpul wang untuk membelinya, sekurang-kurangnya sebentuk cincin.

Hamper Buah

Hamper buah kurang popular untuk guru bersara, tetapi tetap boleh dijadikan sebagai hadiah khsususnya dari sumbangan peribadi guru.

Smartphone

Smarphone atau telefon pintar merupakan hadiah yang digemari, boleh kumpul bajet beramai-ramai jika ingin membelinya.

Pakej Pelancongan

Hadiah ini memang sesuai untuk mereka yang bersara, masa yang ada mereka mahu berehat mencari ketenangan, apa kata beri mereka hadiah ini, taja mereka tiket penginapan di hotel-hotel yang bersesuaian mengikut bajet anda.

Dompet atau Handbag

Dompet atau Beg Tangan ini boleh dijadikan hadiah dan harus dibeli mengikut kesesuaian dan cita rasa orang yang mahu diberi. 

Beg Troli

Idea yang menarik juga sebenarnya, beg ini boleh digunakan oleh mereka apabila ingin travel nanti.

Frame Gambar Kenangan Bersama Guru

Ini adalah waktu yang terbaik jika anda ingin menghadiahkan gambar kenangan bersama guru anda. Anda boleh hadiahkan dalam bentuk plak atau frame kecil. Sudah tentu guru anda akan sentiasa mengingati anda walaupun anda setelah persaraan mereka.

Set Memancing

Hadiah ini sesuai untuk mereka yang kaki pancing, khususnya lelaki. Walaupun dah bersara, hobi memancing ini tetap akan diteruskan di masa lapang mereka.

Semoga 20 idea hadiah untuk guru lelaki dan perempuan sempena persaraan ini dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat. Mungkin ada idea lain yang tidak disenaraikan di sini, anda boleh tambah di ruang komen di bawah.