Tahukah anda apa itu Wang Tidak Dituntut (WTD)? WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat samada dalam bentuk akaun simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Di sisi undang-undang, selepas tempoh tertentu, mana-mana wang yang belum dibayar kepada pemiliknya akan didaftarkan sebagai Wang Tidak Dituntut oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Berikut disenaraikan beberapa kategori bagi WTD:

  1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

    Contoh dibawah kategori ini ialah:
    • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
    • dividen;
    • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
    • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
    • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
    • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
    • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
    • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.
  2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh:

  • akaun simpanan;
  • akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
  1. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
    • akaun pemiutang dagangan
    • akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Sekiranya anda pernah berurusan dengan pihak kerajaan dan ingin membuat semakan WTD, anda boleh berhubung dengan mana-mana pegawai WTD di Jabatan Akauntan Negara Malaysia di seluruh negara.

Semak Wang Tidak Dituntut Secara Online

Bagi yang ingin menyemak WTD secara online boleh semak di laman web rasmi di sini, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu untuk membuat semakan di laman web: https://egumis.anm.gov.my/

Semakan WTD di Kaunter JANM

Semakan WTD di kaunter JANM hanya mengambil masa yang pendek. Anda hanya perlu hadir ke kaunter JANM dengan membawa Kad Pengenalan/ MYKad. Serahkan kepada pegawai bertugas. Pegawai bertugas akan memaklumkan jumlah WTD (jika ada) dan menerangkan cara-cara membuat tuntutan beserta borang permohonan (Borang UMA-7).

Bagi pemohon yang ingin membuat semakan WTD untuk anggota keluarga yang telah meninggal dunia, sila bawa sijil kematian, sijil kelahiran serta surat sokongan pengesahan hubungan dengan waris.

Dokumen bagi Membuat Tuntutan WTD

Berikut disenaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan.

  1. Borang UMA-7. Borang ini boleh didapati di Kaunter JANM atau muat turun di link berikut:

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2019/01/Borang-UMA-7.pdf”]
Untuk muat turun sila tekan butang [⬇]

  1. Salinan Kad Pengenalan (Depan dan Belakang). Pemohon bukan warganegara boleh menggunakan Salinan pasport antarabangsa.
  2. Dokumen asal bagi Buku Bank atau sijil simpanan tetap.
  3. Salinan muka hadapan akaun/ penyata bank yang aktif dan disahkan oleh pihak bank.

 

Rujukan Lanjutan

Rujukan maklumat lengkap berkenaan WTD boleh disemak di website Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut:

INFO WTD

Anda juga boleh terus ke kaunter JANM di seluruh negara. Direktori kaunter JANM boleh didapati di pautan di bawah.

http://www.anm.gov.my/index.php/hubungi/lokasi-janm

Semoga info berkenaan WTD ini dapat membantu anda memahami serta mendapatkan hak anda.