Menjadi seorang guru merupakan cita-cita sebahagian orang. Lihat sahaja permohonan PISMP di IPGM cukup ramai. Tahukah anda apa senarai barang dan alatan yang anda perlu ada jika menjadi Guru?
Jom kita tengok alatan apa yang wajib ada pada cikgu.
Alat tulis: Pen Merah, Pen Biru, Pen Hitam
3 jenis pen ni wajib ada di dalam kotak pensil cikgu, kerana cikgu memang kuat menulis, menanda buku, isi borang, dan sebagainya. Jadi pastikan anda ada stock pen ini.
Tapi bukan semua pen cikgu suka, ada yang suka dakwat cair atau gel pen, ada yang suka ball pen.
Marker Pen
Whiteboard Marker Pen paling kerap digunakan dalam sehari. Sekurang-kurangnya kena ada warna hitam, biru dan merah.
Marker Pen ni ada banyak jenama, yang paling best pakai Artline.
Gunting, Gam, Pemadam
3 benda ni wajib ada, cikgu nak buat apa dengan benda ni? Biasalah cikgu ni banyak benda nak kena gunting, pastu tampal, jadi kalau ada benda ni senang tak perlu nak pinjam-pinjam dengan orang.
Paling kita bengang pinjam gunting tak reti nak pulang..huh
Stapler dan Stapler Gun
Stapler ni memang biasalah cikgu kena ada, stapler gun ni tak semua orang ada, jadi elok lah yang belum ada tu beli. Terutamanya Guru Kelas, ada sahaja benda yang nak kena lekat di dinding, nak kemas yang asyik tercabut pun senang.
Cari Brand Max, mahal sikit tapi berkualiti.
Puncher
Yang ni selalu digunakan untuk tebuk lubang pada kertas, orang selalu pinjam. Jadi elok tulis nama supaya senang nak tanya siapa ada pinjam.
Seletip, double tape dan Tape Dispenser
Yang ni perkara biasa orang ada, tapi yang tape dispenser ni tidak semua ada. Benda ni nampak macam tidak perlu, tapi bila ada baru rasa nikmatnya menarik seletip.
Nak bungkus hadiah senang ada ni.
Tadi kategori alat tulis, sekarang kita tengok pula kategori alat elektronik.
Laptop
Laptop atau komputer boleh dikatakan wajib ada, apatah lagi sekarang ini banyak perkara yang kena gunakan laptop, nak buat RPH, latihan murid, laporan, kertas kerja dan segala kerja-kerja online.
Printer
Yang ni memang wajib ada, setidak tidaknya boleh share dengan rakan-rakan. Tapi eloknya ada satu di rumah, ada juga yang letak di sekolah. Maklumlah sekarang ni banyak dokumen nak kena print.
Nak guna yang sekolah punya kadang-kadang tidak berkesempatan.
Beli yang jenis 3 dalam 1, Print, Scan, Copy.
Mesin Laminate
Mesin ni menjadi keperluan sekarang, terutamanya bagi guru kelas yang rajin hias kelas. Guru yang rajin buat bbm juga memerlukannya. Mesin ni tak mahal sangat, boleh dapat dengan harga bawah RM100.
Ramai yang suka beli cap tesco.
Projektor
Biar betul cikgu beli projektor sendiri?Ya, memang ramai yang beli sendiri, mudah nak guna, nak pinjam yang sekolah tak kesampaian.
Projector ini banyak dijual di pasaran, tetapi jangan terbeli yang jenis murah sebab tak terang. Nanti menyesal kemudian hari.
Tengok pada lumens dia, sekurang-kurangnya 1200 lumes.
Itulah sebahagian barang-barang yang perlu ada, namun tidak semua benda disenaraikan di sini, dan mungkin ada pada anda. Jangan lupa Share..
Kalau yang takda tu silalah beli ya..
Janga lah asyik minta ehsan kawan sampai hujung tahun…
dah macam buka pejabat sendiri. apapun selamat bekerja