Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek akan mengumumkan beberapa berita gembira sempena Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh esok.
Beliau berkata pengumuman itu dijangka memberi semangat serta impak terhadap keseluruhan ekosistem pendidikan negara.
“Tunggu esok, insya-Allah ada beberapa perkara yang saya fikir (akan diumumkan esok) untuk kita bagi semangat kepada guru-guru kita dan keseluruhan kepada
ekosistem pendidikan dan negara,” katanya.- BERNAMA