Sekiranya anda merupakan seorang guru kelas, sudah pasti anda pernah melihat Borang Maklumat Murid ini, namun berkemungkinan juga anda tidak pernah tahu pun akan adanya borang ini. Apakah kegunaan BMM ini?

Ada juga di sesetengah negeri menggunakan borang lain, atau menamakannya dengan nama lain seperti Borang Sistem Maklumat Murid SSM, Borang Profile Murid dan sebagainya. Borang Manual ini biasanya diberi kepada penjaga di awal tahun bagi mendapatkan maklumat murid seperti:

  • Alamat
  • No Telefon
  • Nama Penjaga
  • Status Perkahwinan Penjaga
  • Pekerjaan Ibu Bapa
  • Jumlah Pendapatan
  • Jumlah Tanggungan

Ini sebahagian maklumat yang diperlukan oleh sekolah khususnya guru kelas, maklumat ini akan dikemaskini di dalam data APDM agar ia disimpan secara online.

Antara maklumat yang selalu berubah adalah seperti no telefon, alamat, jumlah pendapatan dan jumlah tanggungan. Tetapi ada juga segelintir penjaga yang kurang senang apabila tiap-tiap tahun kena isi borang sama, cikgu tidak simpan rekod ke? Sebenarnya, guru memerlukan maklumat semasa, contohnya nombor telefon, kerap ditukar, jika anak berlaku masalah di sekolah, penjaga perlu dihubungi segera.

Selain itu, maklumat pendapatan semasa, ini penting untuk pihak sekolah meneliti setiap murid adakah layak menerima bantuan seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Bantuan KWAPM, bantuan zakat, dan bantuan dari PIBG.

Secara ringkasnya kepentingan borang ini adalah seperti berikut:

  • Maklumat murid dapat dikemaskini.
  • Memudahkan guru membuat semakan pendapatan.
  • Guru dapat mengenalpasti murid yang sudah kehilangan ibu bapa.
  • Dapat mengetahui tempat atau kawasan murid tinggal.
  • Mengetahui jumlah adik beradik dan sebagainya.

Muat Turun Borang Maklumat Murid Versi APDM

” Borang Maklumat Murid

Adakah borang ini sesuai untuk digunakan di semua sekolah?

Borang ini sebenarnya di ambil dari Aplikasi Pangkalan Data Murid, segala maklumat yang perlu diisi di dalam APDM ada di dalam borang ini. Namun sekiranya sekolah memerlukan maklumat tambahan maka perlu lampirkan helaian lain.

Pastikan penjaga mengisi borang dengan lengkap dan disertakan lampiran yang diperlukan seperti slip gaji, salinan kad pengenalan, surat perceraian dan sebagainya.

Dokumen ini akan disimpan di dalam fail murid, berserta dengan rekod keputusan peperiksaan mereka yang dicetak dari SAPS, sekiranya murid ini berpindah, fail ini akan dibawa ke sekolah lain pula. Tidaklah sekolah lain akan bising, semua makluamt sudah lengkap diisi dan dikemaskini.

Semoga ia bermanfaat kepada semua khususnya guru kelas.