Cara Menghubungkan Tabung Haji Dengan Maybank

Tabung haji adalah antara institusi perbankan yang popular dikalangan pengguna. Antara sebab tabung haji menjadi pilihan pengguna adalah kerana fungsinya untuk pendaftaran haji dan juga sebagai medium mudah untuk pelaburan. Rata-rata dividen yang diumumkan oleh tabung haji setiap tahun tidak mengewakan jika dibandingkan dengan hampir tiada risiko untuk pelabur. Di sini kita akan pelajari bagaimana cara untuk menghubungkan akaun Tabung Haji dengan Maybank supaya memudahkan urusan anda.

Sebelum ini ramai yang mengeluh kerana agak sukar untuk melakukan transaksi dengan Tabung Haji kerana pengguna perlu hadir sendiri ke kaunter Tabung Haji untuk membuat semakan, simpanan ataupun untuk tujuan pengeluaran. Ini akan menjadi lebih sukar sekiranya seseorang itu bekerja dan tidak mempunyai banyak masa untu berurusan di kaunter Tabung Haji. Kini dengan adanya servis ini ia memudahkan anda untuk transfer duit dari maybank ke Tabung Haji atau keluarkan duit dari tabung haji melalui maybank.

Atas alasan inilah banyak bank yang kini telah membuat penambahbaikan dengan memperkenalkan sistem yang menghubungkan antara tabung haji dan akaun bank pengguna. Antara yang terawal mengambil langkah proaktif ini adalah pihak Maybank , Bank Islam dan Bank Rakyat.

Pihak Maybank telah menyediakan kemudahan untuk orang ramai melakukan transaksi Tabung Haji, sama ada untuk pengeluaran atau simpanan melalui dua cara , iaitu melalui transaksi dalam talian menggunakan Maybank2U, mesin ATM Maybank dan juga mesin Cash Deposit Maybank. Ini bermakna seseorang individu itu harus mempunyai akaun simpanan dan kad ATM Maybank serta akaun dan buku simpanan Tabung Haji sebelum melakukan apa-apa transaksi antara keduanya.

Transaksi Yang Dapat Dilakukan Apabila Menghubungkan Tabung Haji dan Maybank

  • Menyemak baki Akaun Tabung Haji
  • Memindahkan Wang dari Maybank ke Tabung Haji melalui Maybank2u dan ATM
  • Memindahkan Wang dari Tabung Haji ke Maybank melalui Maybank2u dan ATM
  • Memindahkan wang dari Tabung Haji ke Tabung Haji lain.
  • Mendaftar Haji.
  • Rujuk Gambar di bawah

tabung haji maybank

Cara paling mudah untuk menghubungkan akaun Maybank dengan akaun Tabung Haji adalah dengan menggunakan mesin ATM Maybank. Sebelum anda ke mesin ATM, jangan lupa bawa Buku Tabung Haji atau salin No. Siri Buku Tabung Haji terlebih dahulu. Kemudian ikut langkah berikut:

Cara untuk menghubungkan akaun Tabung Haji dengan Maybank menggunakan mesin ATM Maybank

link tabung haji maybank

  1. Masukkan kad ATM Maybank anda dan masukkan kata laluan seperti biasa.
  2. Setelah itu, pilih menu ‘Tabung Haji’ pada paparan di mesin ATM.
  3. Kemudian, pengguna perlu memilih menu ‘Daftar Akaun Tabung Haji Ke ATM’ yang terdapat pada paparan mesin ATM tersebut.
  4. Paparan pada skrin mesin ATM seterusnya akan meminta pengguna untuk memasukkan nombor akaun Tabung Haji.
  5. Setelah itu, pengguna akan diminta pula untuk memasukkan nombor siri buku simpanan Tabung Haji.
  6. Sekiranya tiada apa-apa masalah, maka urusan ini telah berjaya dan pengguna kini boleh melakukan transaksi pengeluaran dan simpanan Tabung Haji melalu kad ATM Maybank.

Transaksi atas talian Maybank2U pula secara automatiknya boleh dihubungkan dengan akaun Tabung Haji apabila pengguna telah mendaftar menggunakan mesin ATM Maybank tadi. Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menyemak baki akaun dalam Tabung Haji menggunakan mesin ATM Maybank ini. Para pengguna juga boleh turut menghubungkan akaun Tabung Haji anak-anak mereka kepada akaun Maybank dengan memasukkan nombor kad pengenalan anak-anak sewaktu pendaftaran pada mesin ATM Maybank tersebut.

Walaubagaimanapun, setiap transaksi antara bank pengguna dengan Tabung Haji ada dikenakan sedikit cas perkhidmatan.  Cas-cas yang berkaitan adalah seperti berikut:

Perkhidmatan melalui ATM Cas Dikenakan (RM)
Cas pengeluaran      1.00
Pemindahan Wang      1.00

Cas-cas yang dikenakan adalah sangat minimum. Bagi proses menghubungkan akaun Maybank dengan Tabung Haji, semakan bagi akaun Tabung Haji dan juga pendaftaran Haji menggunakan Maybank boleh dilakukan tanpa sebarang cas perkhidmatan.

Bolehkan link akaun orang lain ke Maybank anda?

Anda boleh hubungkan akaun orang lain, seperti akaun isteri dan anak anda, ini dapat memudahkan lagi proses untuk anda memasukkan duit ke akaun ahli keluarga anda.

Menghubungkan akaun bank dengan Tabung Haji sebenarnya memudahkan ramai pengguna kerana kebanyakan orang tidak mempunyai masa untuk pergi ke kaunter Tabung Haji untuk membuat urusan berkaitan. Dengan adanya perkhidmatan seperti ini, ia dapat menjimatkan masa pengguna dan secara tidak langsung menggalakkan pengguna menyimpan di dalam Tabung Haji.

Semoga panduan ini dapat memudahkan anda dan memberi manfaat kepada semua.

 

Comments (2)

  1. Avatar Shad September 10, 2017
  2. Avatar Amin Yusof October 7, 2018

Leave a Reply