Salah satu cara untuk menambah jam kursus adalah dengan mengikuti Webinar yang telah disenaraikan di dalam SPLKPM.
Sekiranya anda ada membuka SPLKPM, tentu anda akan perasan ada 1 menu Webinar di sebelah kiri web.
TATACARA MENGIKUTI WEBINAR (WEB SEMINAR) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
- Login SPL KPM Klik ‘Modul Individu’
Login ID & Password. - Klik Webinar pada menu pembelajaran kendiri untuk lihat senarai sesi webinar.
- Klik Webinar pada menu pembelajaran kendiri untuk lihat senarai sesi webinar. Klik untuk sertai.
- Lihat sesi seminar ‘Live’
- Selepas sesi tamat, klik butang kemaskini status untuk direkod kehadiran kursus dalam SPLKPM.
- Klik butang ‘simpan’ untuk direkod bilangan jam berkursus.
- Akhir sekali sila layari http://bit.ly/maklumbalaswebinarkpm Untuk penilaian sesi webinar
Setiap webinar yang disahkan oleh SULDP akan dikira sebagai jam berkursus.
Semoga guru-guru khususnya ambil peluang ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran serta pemahaman melalui sesi webinar ini.