Menanda kertas soalan merupakan tugas yang wajib bagi setiap guru, ada yang objektif, ada subjektif dan ada yang kedua-duanya.
Seoarang guru biasanya perlu menanda semua kelas yang mereka ajar, jika ajar 5 kelas maka perlulah menanda lebih kurang 175 kertas, itupun jika setiap kelas ada 35 orang.
Bagi kertas OMR, kaedah untuk menandanya agak berbeza bagi sesetengah orang, ada yang membuat lubang, ada yang menggunakan mesin semakan OMR dan ada juga yang menggunakan printer.
Boleh ke guna printer? Bagaimana caranya?
Di sini admin ceritakan kembali idea yang telah dikongsikan oleh Cikgu Shahrize dan cara beliau menyemak borang OMR menggunakan printer.
Perkara yang anda perlu ada:
- Printer 3 in 1, yang ada scan dan photostat
- Plastik lutsinar (Plastik Cover)
- Kertas jawapan OMR yang betul
- Kertas jawapan Murid
- Marker merah dakwat kekal
Langkah 1: Letak plastik lutsinar di atas kertas jawapan OMR yang betul, tanda jawapan pada plastik menggunakan marker pen merah. Pastikan kedudukan plastik dan kertas sama.
Selepas siap tanda anda boleh lihat seperti di bawah, plastik lutsinar yang telah ditanda.
Langkah 2: Letak plastik tersebut di tempat scanner printer anda. Jangan letak terbalik, pastikan kedudukannya sama apabila kertas keluar nanti. Boleh buat cubaan photostat untuk memastikan kedudukannya tepat atau tidak terlebih dahulu.
Langkah 3: Tutup penutup scanner, masukkan kertas-kertas jawapan omr yang hendak ditanda di printer anda, tekan butang photostat warna, elakkan guna hitam kerana nanti anda akan terkeliru dengan jawapan murid.
Setelah anda siap print, anda bolehlah mengambil kertas tersebut dan hanya perlu kira jawapan betul sahaja secara manual. Kaedah ini sebenarnya dapat menjimatkan masa anda, biarpun tidaklah sepantas menggunkan mesin kira jawapan, tetapi ia sekurang-kurangnya dapat memudahkan proses penandaan kertas jawapan OMR murid-murid anda.
Sekiranya anda ingin menanda seperti ini, bolehlah anda mencubanya. Semoga panduan dan kaedah ini dapat digunakan bersama. Terima kasih juga di ucapkan kepada En Shahrize atas perkongsian yang telah berjaya menggunakan kaedah ini. Selamat mencuba!
Idea dan Gambar: En Shahrize
Kelakar la pulak guna borang canggih dan mahal tapi kaedah menandanya primitif. Kalau betul nak mudahkan kerja guru, apa salah setiap sekolah dibekalkan kertas omr dan alat penanda yg sebenar