Program Pembangunan Guru Baru PPGB merupakan salah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang telah dirancang dan dicadangkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru yang telah diadakan di BPG pada 8 Mac 2010 hingga 2 April 2010. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju terhadap cadangan semua inisiatif meningkatkan kualiti guru pada 2 April 2010.PPGB ini akan memberikan kesan yang positif terhadap sekolah, guru dan murid. 
Melalui program pembangunan yang berkesan, budaya kerja cemerlang dapat diterapkan kepada Guru Baharu agar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara lebih sistematik. Guru Baharu akan dibimbing oleh guru berpengalaman serta pihak pentadbirsekolah untuk melaksanakan pembelajaran dan pengajaran (P&P) dengan lebih berkesan dan profesional. Justeru, satu modul yang komprehensif telah dibangunkan dan dijadikan panduan untuk diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat ke arah memartabatkan profesion keguruan, khasnya Guru Baharu di negara ini. Pelaksanaan PPGB ini dijalankan berasaskan sekolah oleh pentadbir sekolah dengan bantuan guru berpengalaman (senior teachers).
Tentu ramai Guru Baru yang masih keliru bagaimana untuk membuat folio PPGB ni kan? Sebelum kita rujuk contoh folio yang akan saya berikan mari kita tengok Carta Aliran PPGB ini: (Klik untuk besar)
Carta Aliran PPGB

Tempoh PPGB adalah sekurang-kurangnya 12 bulan bermula dari tarikh GB melapor diri di sekolah. Guru Baharu / Guru Baru perlu menyiapkan Folio Program Pembangunan Guru Baru dengan lengkap untuk pemantauan daripada pihak sekolah, PPD, JPN atau mungkin juga KPM.
Apa yang perlu ada di dalam folio PPGB ini? Berapa Skala Skor PPGB ini?
Kita tengok skala skor terlebih dahulu:
SKALA SKOR:
80 – 100 % – Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh memperakukan cadangan
pengesahan dalam perkhidmatan Guru Baharu ke SPP)
0 – 79 % – Tidak Mencapai Tahap Kompetensi (Pentadbir boleh mencadangkan
agar Guru Baharu menjalani PPGB selama enam hingga dua belas bulan
lagi)
Untuk mecapai tahap kompentasi anda perlu mencapai tahap skor / markah 80-100%. Mungkin anda rasa susahkan? Jadi anda perlukan Contoh Folio PPGB untuk digunakan sebagai panduan anda dalam menyiapkan folio anda.
Bagaimana untuk menyiapkan FOLIO PPGB ini? Mari kita lihat perkara yang perlu ada dalam fail PPGB. Berikut adalah Isi Kandungan Folio PPGB:
CADANGAN PENGISIAN MAKLUMAT DAN DOKUMEN DALAM FOLIO GURU BAHARU
Link 1, Link 2, Link 3
Kandungan

1.0 BIODATA GURU BAHARU
1.1 Maklumat Diri (berserta gambar ukuran pasport)
1.2 Pengalaman/ Kemahiran
1.3 Lampiran : i) Salinan Surat Penempatan/ Lantikan
ii) Salinan Borang Pengesahan Melapor Diri
iii) Salinan Borang Maklumat Diri
iv) Salinan Sijil-sijil Akademik dan Ikhtisas

2.0 PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Logo, Misi, Visi dan Piagam Sekolah
2.3 Carta Organisasi
2.4 Lampiran : i) Pelan sekolah
ii) Takwim Sekolah

3.0 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS GURU BAHARU
3.1 Jawatan Kurikulum
3.2 Jawatan Kokurikulum
3.3 Jawatan Hal Ehwal Murid (HEM)
3.4 Jawatan Pengurusan dan Pentadbiran (jika berkaitan)
3.5 Tugas-tugas Lain
3.6 Lampiran : i) Carta Organisasi Panitia Mata Pelajaran, Kokurikulum
dan Hal Ehwal Murid
ii) Jadual Waktu Mengajar/ Jadual Aktiviti

4.0 LAPORAN FASA ORIENTASI
4.1 Laporan Harian/Mingguan (LAMPIRAN A)
4.2 Lampiran : i) Bahan Edaran
ii) Pamphlet/Brosheur/Buku Program

5.0 LAPORAN AKTIVITI PEMENTORAN
5.1 Laporan Aktiviti/ Sesi Perjumpaan@Bimbingan/ Program (LAMPIRAN C)
5.2 Laporan Kajian Tindakan (LAMPIRAN B)
5.3 Lampiran : i) Bahan Edaran
ii) Risalah/ Buku Program

6.0 REFLEKSI DAN PENILAIAN PPGB
6.1 Refleksi Umum (pandangan, perasaan, harapan dan lain-lain)
6.2 Kekuatan/ Kelemahan/ Kekangan/ Halangan/ Isu-isu Berbangkit
6.3 Cadangan

Sekiranya anda ingin mendapatkan Contoh Folio Program Pembangunan Guru Baru, sila subscribe dengan mengisi emel anda di bawah: atau dapatkannya di SINI

Anda boleh rujuk panduan lengkap pelaksanaan program di: Buku Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner
Sila semak emel anda untuk buat comfirmation subscription. Setelah selesai, anda boleh maklumkan pada kami dengan Private Massage di Pendidik2u.
Link Download akan diberikan setelah semakan dibuat. Anda dijemput untuk like fan page kami untuk mendapatkan Update Terkini dari kami.