Ramai yang tanya apakah maksud cuti peristiwa dan berapa harikah yang boleh diambil oleh pihak sekolah.

Bagaimana pula syarat-syarat untuk memohon cuti peristiwa, adakah perlu ada peristiwa pada hari tersebut, murid bercuti, tetapi guru perlu hadir?

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Kenyataan Media berkenaan Pengambilan Cuti Peristiwa 4 Hari dalam Setahun.

Berikut adalah kenyataan media tersebut:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima pertanyaan mengenai penggunaan cuti peristiwa sebanyak 4 hari dalam setahun kebelakangan ini.

Sehubungan itu, YB, Dr. Maszlee Malik Menteri Pendidikan telah memutuskan setiap sekolah boleh mengambil cuti peristiwa selama 4 hari setahun seperti sebelum ini tanpa perlu menggantikannya.

Bagi tujuan itu, pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk kelulusan. Diharap penjelasan ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul.

YB. Dr. Maszlee Malik

Mohon cuti peristiwa

Cuti peristiwa biasanya diambil oleh sekolah apabila ingin membuat aktiviti atau program seperti Mesyuarat PIBG, Hari Terbuka, Hari Pelaporan, Hari Anugerah Kecemerlangan.

Namun begitu berlaku kekeliruan di mana, adakah cuti peristiwa boleh diambil jika tiada aktiviti atau peristiwa pada hari tersebut, dan ada juga yang peristiwa hari sebelum, dan cutinya hari selepas.

Walaubagaimanapun cuti peristiwa tidak boleh diambil untuk tujuan menyambung cuti penggal, sepertimana yang diterangkan dalam pekeliling cuti peristiwa.