Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyelaraskan tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2019. Cuti Sempena Perayaan 2019 ini melibatkan perayaan-perayaan utama di Malaysia.
Seperti tahun-tahun lalu juga, KPM akan memberikan cuti kepada pihak sekolah dan ianya tidak perlu diganti kerana jumlah hari persekolahan telah mencukupi.
Berikut adalah senarai perayaan yang terlibat:
- Tahun Baru Cina
- Hari Raya Aidilfitri
- Deepavali
- Hari Kaamatan
- Hari Gawai Dayak
- Hari Krismas
Berikut adalah cuti sekolah yang diperuntukkan oleh KPM sempena perayaan:
CUTI PERAYAAN | CUTI PERAYAAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH KPM | ||
KUMPULAN A | KUMPULAN B | ||
TAHUN BARU CINA 05.02.2019 (SELASA) DAN 06.02.2019 (RABU) |
03.02.2019 (AHAD) |
04.02.2019 (ISNIN) |
SEMUA NEGERI KUMPULAN B |
04.02.2019 (ISNIN) |
07.02.2019 (KHAMIS) |
||
07.02.2019 (KHAMIS) |
08.02.2019 (JUMAAT) |
||
HARI RAYA AIDIL FITRI 05.06.2019 (RABU) 06.06.2019 (KHAMIS) |
09.06.2019 (AHAD) |
10.06.2019 (ISNIN) |
SEMUA NEGERI KUMPULAN B |
HARI DEEPAVALI 27.10.2019 (AHAD) |
28.10.2019 (ISNIN) |
25.10.2019 (JUMAAT) |
SEMUA NEGERI KUMPULAN B |
29.10.2019 (SELASA) |
29.10.2019 (SELASA) |
SEMUA NEGERI KUMPULAN B KECUALI SARAWAK | |
28.10.2019 (ISNIN) |
SARAWAK SAHAJA |
Semua sekolah hendaklah mematuhi cuti perayaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cuti yang diperuntukkan oleh KPM ini tidak perlu diganti.
Surat Siaran berkenaan hal ini ialah: Surat Siaran Bilangan 10 Tahun 2018, yang boleh dimuat turun di: Surat Siaran Bil 10 2018
Pembahagian Negeri Kumpulan A dan B adalah seperti berikut:
Kumpulan A: Negeri yang cuti pada Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B: Negeri yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad iaitu negeri SELAIN Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Anda juga boleh merujuk kepada Takwim Persekolahan 2019 yang telah dikeluarkan oleh KPM.
Semoga info dan maklumat ini dapat dikongsikan bersama, terutamanya kepada pihak sekolah dan guru-guru serta ibu bapa yang ingin merancang perjalan tahun hadapan. Perancangan yang baik dan sistematik dapat meningkatkan lagi mutu kerja kearah lebih baik dan efisen.