Rezeki adalah sesuatu yang telah ditetapkan sejak azali lagi. Walaubagaimana pun, menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa berusaha dan berdoa untuk mendapatkan dimurahkan rezeki serta mendapat keberkatan. Di dalam artikel ini disertakan amalan dan doa murah rezeki yang boleh dijadikan amalan.
Terdapat pelbagai jenis rezeki yang kadangkalanya manusia sendiri tidak perasan bahawa ianya merupakan salah satu daripada rezeki yang dikurniakan oleh yang Maha Pemberi.
- Rezeki yang telah ditetapkan
Ini adalah rezeki yang Allah telah tetapkan sejak kita dalam kandungan lagi. Semasa kita berusia 4 bulan dalam kandungan ibu kita, 4 perkara telah ditetapkan untuk diri kita termasuklah rezeki kita.
- Rezeki dengan usaha
Orang yang berusaha pasti akan dapat lebih. Itulah hakikatnya, walaupun rezeki telah ditetapkan, kita perlu berusaha lebih gigih sekiranya nak jadi kaya atau mempunyai kedudukan kewangan yang stabil.
- Rezeki dengan syukur
Orang yang kerap bersyukur akan ditambahkan rezekinya oleh Allah S.W.T. Cara paling mudah untuk bersyukar adalah dengan mengucapkan Alhamdulillah.
- Rezeki yang tidak disangka
Dalam ayat seribu dinar ada menyatakan sekiranya kita bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan berikan kita rezeki daripada sumber yang kita sendiri tidak sangka seperti melalui cabutan bertuah, hadiah dan lain-lain. Ini semua rezeki yang tidak disangka-sangka.
- Rezeki dengan istighfar
Orang yang banyak meminta ampun atas segala kesalahannya dengan beristighfar akan menyebabkan rezekinya mudah dan berkat.
- Rezeki dengan Nikah
Ada yang bimbang dengan nafkah kewangan selepas bernikah. Hakikatnya, Allah menjanjikan tambahan rezeki untuk mereka yang bernikah
- Rezeki dengan anak
Allah mengingatkan bahawa setiap anak yang lahir di dunia telah ditetapkan rezekinya. Ramai yang mengistilahkannya dengan ‘rezeki anak’. Sebagai contoh, apabila lahir seorang anak, meningkatnya gaji ibu dan bapa bayi tersebut.
- Rezeki dengan sedekah
Salah satu cara terbaik untuk menarik rezeki adalah dengan memperbanyakakan sedekah. Nilai sedekah yang dikeluarkan tidaklah penting berbanding perbuatan sedekah itu sendiri. Biar sedikit tetapi ikhlas.
Selain itu, kita juga perlu sentiada berdoa sebagai salah satu daripada usaha untuk mendapatkan rezeki yang berkat. Terdapat banyak doa serta zikir yang boleh diamalkan oleh masyarakat dalam memohon agar dilimpahkan rezeki serta dipermudahkan urusan memperoleh rezeki dalam kehidupan.
Antara yang paling utama ialah dengan memperbanyakkan istighfar kepada Allah S.W.T. Ini kerana dengan beristighfar dan sentiasa memohon keampunan daripada Allah S.W.T. dapat membuka lagi pintu-pintu serta ruang rezeki di dalam kehidupan seseorang berdasarkan apa yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis.
Selain daripada itu, amalan membaca Surah Al-Waqiah juga boleh memperbanyakkan lagi rezeki kepada seseorang. Ini adalah kerana salah satu keutamaan dalam membaca Surah Al-Waqiah adalah untuk menghindari kefakiran dan kesempitan rezeki. Amalan membaca Surah Al-Waqiah ini disarankan agar dilakukan pada setiap waktu pagi seperti mana yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. dalam hadis.
Di samping itu, amalan membaca doa Nabi Sulaiman juga dapat memurahkan rezeki dalam kehidupan. Ini kerana Allah S.W.T. telah mengabulkan doa daripada Nabi Sulaiman dan memberinya anugerah ilmu serta kekuasaan yang banyak. Doanya ialah seperti berikut.
Di samping itu, seseorang itu juga boleh mengamalkan asmaul-husna, iaitu zikir al-Mughni bagi membuka ruang kekayaan dan rezeki dalam kehidupan mereka. Al-Mughni memberi makna Yang Maha Memberi Kekayaan dan zikir ini boleh membaca Ya Mughni Ya Mughni 100 kali pada setiap hari.
Selain itu, zikir-zikir selepas solat yang diamalkan juga boleh memberi rezeki kepada seseorang. Amalan zikir ini dilakukan dengan membaca Ya Fattah Ya Razzak sebanyak 11 kali. Ya Fattah itu ertinya adalah yang Maha Pembuka dan Pemberi Keputusan. Manakala Ya Razzak ertinya ialah Maha Pemberi Rezeki. Amalan ini adalah sangat bertepatan dengan setiap orang yang ingin menambahkan rezeki mereka dan memperbaiki keadaan ekonomi mereka.