Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menjadi tunjang utama kepada arah tuju pendidikan di negara kita. Sebelum ini ia di sebut sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
Sekiranya anda seorang guru dan pasti akan belajar tajuk FPK ini di Maktab atau kini di sebut sebagai Institut Pendidikan Guru IPG. Ia merupakan tajuk wajib yang mesti dipelajari oleh setiap bakal guru.
Menariknya falsafah ini dihuraikan oleh Pensyarah IPG dengan cukup mendalam, setiap perkataan, setiap baris ada pengertian dan maksud yang perlu difahami.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini bolehlah disifatkan sebagai tunjang kepada semua dasar-dasar yang telah dilaksanakan atau bakal dilaksanakan.
Segala perubahan yang dibuat juga memerlukan penelitian rapi bagi memastikan agar ia menepati kepada FPK.