Prasekolah akan mula dibuka pada 1 Julai 2020, seperti mana siaran media yang telah dikeluarkan.

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada prasekolah / tabika / tadika kerajaan dan swasta.

Garis Panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2020 bertarikh 4 Jun 2020), surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Guru dan Pembantu Pengurusan Murid perlu mengambil tindakan seperti yang berikut:

2.2.1 Memakai pelitup muka semasa bersama-sama dengan murid.

2.2.2 Memastikan gate keeping dijalankan bagi memeriksa suhu badan dan membuat saringan gejala. Ibu bapa / penjaga dan murid yang bergejala tidak dibenarkan memasuki kawasan prasekolah.

2.2.3 Memastikan ibu bapa / penjaga tidak memasuki kelas prasekolah / tabika / tadika.

2.2.4 Mencuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan (hand sanitizer) sebelum serta selepas aktiviti PdP.

2.2.5 Memastikan murid mencuci tangan sebelum dan selepas aktiviti PdP.

2.2.6 Memastikan aktiviti berkumpulan atau aktiviti yang melibatkan sentuhan tidak dilaksanakan.

2.2.7 Memastikan murid tidak berkongsi bahan dan peralatan.

2.2.8 Membersihkan (disinfeksi) bahan dan peralatan selepas digunakan.

2.2.9 Menghidangkan makanan di tempat yang disediakan.

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2020/06/GARIS-PANDUAN-PEMBUKAAN-SEMULA-PRASEKOLAH.pdf” title=”GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA PRASEKOLAH”]

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah

Waktu tiba dan pulang

3.2.1 Waktu Tiba Perkara yang perlu dilakukan apabila murid tiba di sekolah adalah seperti yang berikut:

a. Guru / PPM merekodkan suhu badan murid di hadapan ibu bapa / penjaga sebelum masuk ke kelas. Jika suhu badan murid mencecah 37.5⁰C dan ke atas, ibu bapa / penjaga perlu membawa pulang anak / anak jagaan untuk mendapat rawatan.

b. Murid mesti mencuci tangan sebaik tiba di kelas.

c. Murid duduk di tempat yang telah ditetapkan.

d. Murid bersarapan dan melakukan aktiviti di tempat masing-masing.

e. Guru / PPM memastikan tiada percampuran antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain.

3.2.2 Waktu Pulang

Perkara yang perlu dilakukan apabila murid pulang dari sekolah adalah seperti yang berikut:

a. Guru memberikan pesanan dan bahan tugasan dengan kaedah yang selamat kepada ibu bapa / penjaga tentang aktiviti pembelajaran di rumah.

b. Ibu bapa / penjaga digalakkan membawa anak / anak jagaan terus pulang ke rumah selepas sesi persekolahan.