Hrmis 2.0 atau Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia merupakan salah satu portal Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia untuk memastikan pengurusan Penjawat Awam lebih sistematik dan berintegriti. Pelbagai fungsi dan modul yang terdapat di dalam sistem ini. Bukan sahaja digunakan oleh warga pendidik tetapi juga digunakan oleh penjawat awam di sektor atau kementerian lain.
Senarai Fungsi di dalam HRMIS 2.0
- Formulasi dan Penilaian Strategi
- Perolehan Sumber Manusia
- Pembangunan
- Pengurusan Kerjaya
- Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran
- Pengurusan Komunikasi dan Tatatertib Pekerja
- Pengurusan Prestasi
- Penilaian Kompetensi
- Pengurusan Rekod Peribadi
- Penamatan Perkhidmatan
- Data Perjawatan
- Perkhidmatan Maklumat
Walaupun terdapat pelbagai fungsi di dalam HRMIS2 ini namun kita mungkin hanya menggunakan beberapa fungsi sahaja antaranya ialah Pengurusan Prestasi, Pengurusan Rekod Peribadi, Pengurusan Saraan, Faedah, dan Ganjaran (Pengurusan Cuti).
Sekiranya anda baru sahaja masuk ke dalam sektor kerajaan, anda hendaklah mengemaskini maklumat peribadi anda iaitu dengan masuk ke Fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Di dalam aplikasi ini anda perlu mengemaskini sendiri kerana maklumat yang diperlukan adalah dari anda sendiri, antara maklumat yang diperlukan ialah:
- Data Peribadi
- Pendidikan
- Keluarga
- Bahasa
- Lesen
- Sejarah Perkhidmatan
- Pengalaman Kerja
- Sejarah Perubatan
- Anugerah
- Profil Perkhidmatan
Perkara yang di atas ini penting untuk diisi, sebagai contoh di bahagian maklumat keluarga, sekiranya anda ingin menggunakan eGL bagi ibu anda untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, rekod di HRMIS ini akan memudahkan anda, ini berikutan GL sekarang boleh diambil dalam HRMIS. Oleh itu anda hendaklah melengkapkan nama ahli keluarga anda iaitu ibu, ayah, isteri / suami dan anak-anak.
Selain rekod peribadi, anda juga dikehendaki membuat pengisytiharan harta secara online. Ia juga berada di dalam fungsi Pengurusan Rekod Peribadi. Bagi yang pertama kali mengisinya mungkin agak rumit kerana terdapat banyak perkara yang perlu diisi. Bukan sahaja harta kita perlu diisi, malah harta pasangan kita juga perlu disertakan sekali. Jika ada rumah atau kereta perlu disenaraikan juga jumlah pinjaman, bank yang membiayai pinjaman, tempoh pembayaran dan sebagainya.
Selain daripada itu, kita juga akan menggunakan sistem ini untuk membuat permohonan cuti, sama ada cuti rehat khas, cuti sakit, cuti tanpa gaji, cuti bersalin dan sebagainya. Biarpun sudah ada versi online ini, masih juga ada pengisian secara manual yang turut sama perlu diisi sebagai rekod offline.
Cara Login Hrmis
Untuk log masuk ke dalam sistem HRMIS anda memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan. Dua perkara ini sememangnya wajib diingat dan simpan dengan baik. Kemudian buka laman web di bawah:
Laman Web HRMIS 2.0 |
https://hrmis2.eghrmis.gov.my |
Cara Memohon Cuti Secara Online HRMIS
Fungsi yang ada di dalam ini, mungkin ada yang belum pernah guna, terutamanya yang belum mengambil apa-apa cuti tahun ini, sedikit janggal untuk menggunakan sistem online ini. Namun begitu anda boleh rujuk panduan di bawah ini:
Langkah 1
Login Ke HRMIS dengan memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
Langkah 2
Pergi ke Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran, di bawahnya ada Pengurusan Cuti, klik di situ.
Langkah 3
Pergi Ke Fungsi – Permohonan Cuti – Pemohon Cuti
Langkah 4
Pilih Jenis Cuti: Contohnya Cuti Kerana Perkhidmatan
Pilih Kategori Cuti, sama ada Cuti Sakit, Cuti Kuarantin, Cuti Rehat Khas (CRK), Cuti Tanpa Gaji atau sebagainya.
Langkah 5
Isi maklumat berkenaan cuti seperti tarikh, alamat dan alasan/ sebab memohon cuti.
Cara Menyemak Markah Prestasi di HRMIS
Selain daripada pengurusan cuti, kita juga boleh menyemak Laporan Penilaian Prestasi Tahunan kita, ia boleh dilihat setelah sudah disahkan oleh lembaga mesyuarat. Panduan untuk menyemak markah boleh rujuk di: Cara Menyemak Markah Prestasi
Sekiranya saya terlupa kata laluan, bagaimanakah untuk reset semula?
Perkara yang perlu anda jaga ialah kata laluan atau selalu disebut Password, jika anda salah masuk password melebihi 3 kali, anda akan disekat dari login. Jika sudah di block anda jangan bimbang, anda boleh meminta kerani pejabat yang menguruskan HRMIS ini untuk reset semula kata laluan anda. Pastikan anda ingat dan simpan kata lauan anda dengan baik.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menguruskan maklumat peribadi dan mengemaskininya dengan baik dan sistematik.