Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengeluarkan surat pekeliling tentang Jadual Pembayaran Gaji 2019 ini (rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 9 tahun 2018).
Surat pekeliling tersebut mewartakan tentang tarikh dan tatacara atau peraturan pembayaran gaji untuk tahun 2019 kepada penjawat awam.
SPANM BIL 9 TAHUN 2018 Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2019:
Tarikh terakhir penjawat awam telah menerima gaji pada tahun lalu adalah pada 18 Disember (rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 tahun 2017), kebanyakkannya disalurkan untuk menampung keperluan anak-anak bagi memulakan sesi persekolahan selepas menolak komitmen wajib setiap bulan.
Mungkin perbelanjaan di awal tahun ini agak ketat sedikit, kerana banyak perkara-perkara persekolahan yang perlu dipertimbangkan, apatah lagi jika memiliki ahli keluarga yang besar.
Namun, syukur Alhamdulillah terdapat Bayaran Khas baru-baru ini yang dihulurkan oleh pihak kerajaan iaitu sebanyak RM500 kepada penjawat awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Manakala sebanyak RM 250 pula kepada pesara kerajaan.
Hal ini diharapkan dapat mengurangkan beban para ibubapa dalam membuat persediaan anak-anak ke sekolah untuk sesi 2019 yang telah pun berjalan. Setidak-tidaknya, barangan persekolahan yang baru yang mampu dibeli oleh pihak ibubapa, boleh menjadi pembakar semangat kepada anak-anak untuk seronok kembali ke sekolah setelah bercuti panjang.
Pendapatan bulanan yang sering dihambat oleh pelbagai bentuk komitmen, mendesak penjawat awam waima para pekerja swasta sekalipun untuk mengetahui tarikh-tarikh bayaran gaji.
Ia juga buat perancangan untuk hari-hari penting seperti perayaan dan percutian. Jadual pembayaran gaji ini dapat memudahkan para penjawat awam dalam merancang perbelanjaan bulanan terutama sekali untuk lebih berhati-hati dalam berbelanja, takut ter ‘over spending’ pula.
Ada ketikanya juga terdapat segelintir penjawat awam yang terpaksa mengikat perut dan turut membilang hari dalam proses mengikat perut tersebut. Jika sudah tahu tarikh-tarikh pembayaran gaji pada setiap bulan, maka tidak lah proses ‘ikat perut’ itu dirasakan terlalu lama.
Dalam pekeliling juga disertakan bersama Jadual Pembayaran Gaji 2019 iaitu di lampiran A. Maka, bolehlah para penjawat awam membuat tanda pada tarikh-tarikh yang dinyatakan pada Kalender 2019 atau membuat catatan di dalam Diari 2019.
Boleh simpan gambar jadual gaji di bawah:
Berikut adalah Jadual Pembayaran gaji 2019 Penjawat Awam yang berpandukan surat pekeliling yang telah dikeluarkan:
BULAN |
TARIKH |
HARI |
CATATAN |
Januari |
24.01.2019 |
Khamis |
|
Februari |
25.02.2019 |
Isnin |
Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu) |
Mac |
25.03.2019 |
Isnin |
|
April |
25.04.2019 |
Khamis |
|
Mei |
23.05.2019 |
Khamis |
Hari Pesta Kaamatan 30 & 31 Mei 2019 (Khamis & Jumaat) |
Jun |
25.06.2019 |
Selasa
|
Hari Gawai 1 & 2 Jun 2019 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Puasa 5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis) |
Julai |
25.07.2019 |
Khamis |
|
Ogos |
22.08.2019 |
Khamis |
Hari Raya Haji 11 Ogos 2019 (Ahad) |
September |
25.09.2019 |
Rabu |
|
Oktober |
17.10.2019 |
Khamis |
Hari Deepavali 27 Oktober 2019 (Ahad) |
November |
25.11.2019 |
Isnin |
|
Disember |
18.12.2019 |
Rabu |
Hari Krismas 25 Disember 2019 (Rabu) |
Jika kita lihat pada Jadual Gaji Kakitangan Awam 2019 ini, tarikh paling awal adalah pada 17 hari bulan, iaitu pada bulan Oktober. Ini mungkin dapat memudahkan lagi pengurusan kewangan penjawat awam, kerana jumlah perbezaan hari yang lebih seimbang.