Jabatan Akauntan Negara telah pun mengeluarkan Pekeliling Bilangan 6 Tahun 2023 iaitu Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada
Kementerian/Jabatan berkaitan:

  • Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan tatacara
    pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan
    emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

gaji kakitangan kerajaan 2024

Sumber: Jabatan Akauntan Negara
Pekeliling ini baleh dimuat turun di: https://t.me/pendidik2u/9039

Berdasarkan jadual tarikh pembayaran gaji kerajaan 2024 ini, gaji bulan Jun 2024 telah diawalkan kepada 13 Jun 2024 berikutan adanya Sambutan Hari Raya Haji dan Hari Gawai pada bulan tersebut. Manakala bulan Julai diawalkan kepada 19hb bagi memastikan jarak menerima gaji tidak terlalu lama.

Boleh save gambar dibawah untuk memudahkan anda membuat rujukan.

Gaji Penjawat Awam 2024

Selain itu juga, pada bulan Disember tarikh pembayaran gaji adalah pada 19 hari bulan, di mana adanya sambutan Hari Krismas pada bulan tersebut.

  • Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.

Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:


Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p.: Unit Pengurusan Prestasi
emel: unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel.: 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

Semoga dengan adanya Tarikh Gaji Penjawat Awam ini dapat membantu anda dalam mengurus perbelanjaan dan simpanan anda.