Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua, namun bukan semua dapat membeli rumah yang diinginkan memandangkan harga rumah yang melambung tinggi, namun kita perlu tahu had kelayakan pinjaman perumahan bagi penjawat awam di Malaysia.
Ini merupakan salah satu kelebihan yang ada bagi penjawat awam, iaitu kemudahan Pinjaman atau Pembiayaan Perumahan Sektor Awam yang kini diuruskan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam. Oleh itu disenaraikan di bawah ini Had Kelayakan Pinjaman Perumahan LPPSA
Jadual Kelayakan Baru Pembiayaan Perumahan Sektor Awam
NO. | Gaji Pokok + Elaun Tetap* (RM) |
Kelayakan Maksimum (RM) |
1. | 6,500 dan ke atas | 750,000 |
2. | 6,000 | 720,000 |
3. | 5,700 | 680,000 |
4. | 5,500 | 650,000 |
5. | 5,000 | 600,000 |
6. | 4,700 | 560,000 |
7. | 4,500 | 540,000 |
8. | 4,300 | 510,000 |
9. | 4,000 | 470,000 |
10. | 3,800 | 450,000 |
11. | 3,500 | 420,000 |
12. | 2,900 | 340,000 |
13. | 2,300 | 270,000 |
14. | Sehingga 1,700 | 200,000 |
Elaun tetap yang diambil kira adalah:
- Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW);
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK); dan
- Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Khas (ITJU).
Kelayakan adalah tertakluk kepada:
- Anggaran Bayaran Balik (ABB) tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan
elaun tetap; dan - Anggaran baki pendapatan tidak kurang daripada RM200 mengambil kira
potongan bulanan yang tertera pada slip gaji.
Nota: Selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Ucapan Bajet 2017, kelayakan
pembiayaan perumahan sektor awam adalah mengambil kira gaji pokok dan elaun
tetap seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas.
Jadual ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan LPPSA di talian 03-88801600 atau melalui portal aduan/pertanyaan rasmi LPPSA di
www.lppsa.gov.my