Kertas Kerja Majlis Khatam Al-Quran & Ihya Ramadan

Majlis Khatam Al-Quran merupakan aktiviti tahunan yang dilaksanakan di sekolah. Program ini biasanya dilaksanakan di bawah program Ihya’ Ramadan dan ada juga dibuat di penghujung tahun.

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah:

  • Menanam minat murid secara berterusan dalam tilawah Al-Quran dan sentiasa mendampinginya.
  • Memastikan semua murid tahun enam dapat menguasai kemahiran tilawah Al-Quran sebelum mereka menyambung pelajaran ke sekolah menengah.
  • Memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah khatam Al-Quran.

Matlamat Pelaksanaan Program Khatam Al-Quran

  • Membina, mengukuhkan aspek penghayatan Islam dikalangan generasi muda.
  • Merealisasikan hasrat kerajaan yang ingin melihat murid-murid sekolah rendah boleh khatam Al-Quran sebelum menjejaki sekolah menengah.
  • Al-Quran sebagai nadi ilmu paling utama.
  • Melengkapkan objektif Program j-QAF dalam Model Khatam Al-Quran.

Berikut merupakan kertas kerja program Majlis Khatam Al-Quran dan Ihya’ Ramadan: Muat Turun

Kebiasaannya murid-murid yang terlibat adalah terdiri daripada murid-murid tahun enam yang telah khatam Al-Quran.

Berikut merupakan contoh jawatankuasa yang perlu ada dalam Program Majlis Khatam Al-Quran:

BIL

JAWATANKUASA

NAMA GURU

TUGAS

1

Khalifah Khatam AQ        

 

Mengetuai Majlis Khatam AQ.

2

Bacaan Doa        

 

Mengetuai Doa pembukaan majlis.

3

Juruacara

 

Mengacara majlis dari awal hingga akhir.

4

Buku Program / Buku Khatam AQ         

 

Menyediakan pamplet  & Buku Panduan Khatam AQ untuk guru & peserta.

5

Pendaftaran

 

 

-Memastikan pendaftaran murid & guru pengiring berjalan dengan lancar.

-Mengumpul bayaran penyertaan dari sekolah jemputan.

6

Siaraya & Gimik Majlis Khatam AQ

 

 

-Memastikan PA system & microfon berfungsi dengan baik.

-Selawat Perarakan Masuk.

-Gimik Pulut Kuning.

7

Bunga Telur  & Bunga Manggar             

 

 

Menyediakan bunga manggar & 3 pahar bunga telur untuk murid & guru.

8

Sijil

 

Menyediakan Sijil Khatam Al-Quran .

9

Cenderahati , Pengurus Peserta & Hadiah

 

 

 

– Menyediakan cenderahati kepada semua peserta.

-Menguruskan peserta ketika perarakan masuk

 -Melancarkan acara penyerahan cenderhati kpd peserta

10

Pentas & Backdrop

 

 

Menyiapkan hiasan pentas & backdrop.

11

Persiapan Dewan

 

Menyiapkan kelengkapan berikut:

-Meja & Kerusi : Khalifah

-Rehal & Karpet : Pentas & Bawah Pentas

-Kerusi : Guru-guru

-Meja : Hadiah & Cenderahati

12

Order Makanan Jamuan

 

 

Order makan & minum untuk murid:

Murid  Tahun 6 : 80 orang

Wakil murid sekolah jemputan : 16 orang

Guru Pengiring : 4 orang

13

Jamuan Murid

 

Memastikan kelancaran Jamuan murid di kantin berjalan dengan lancar

14

Jamuan Guru

 

Memastikan kelancaran Jamuan Guru di Ar-Razi berjalan dengan lancar

15

Disiplin

 

 

 

Memastikan murid terkawal ketika berada di Atrium dan semasa majlis berjalan.

16

Jurugambar       

 

Mengambil gambar sepanjang perjalanan majlis.

17

Dokumentasi

 

Dokumentasi Majlis Khatam AQ

18

Aktiviti Murid Moral

 

 

 

Menyediakan bahan & aktiviti kepada murid moral thn 4-6 semasa majlis berlangsung.

Semoga perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan guru yang memerlukan kertas kerja dan bahan-bahan yang berkaitan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top