KPM SIASAT VIDEO TULAR NYANYIAN LAGU NEGARAKU DALAM BAHASA
MANDARIN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil maklum mengenai penyebaran
video murid sekolah menyanyikan lagu Negaraku yang diubah ke Bahasa Mandarin
dan bahasa selain dari bahasa kebangsaan yang sedang tular di media-media sosial.
Siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan isu ini yang juga berlaku di beberapa
sekolah lain.
KPM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba melanggar
peraturan melibatkan Perlembagaan Negara Malaysia sama ada secara sengaja
atau tidak.
https://youtu.be/ibTG29WOzro
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
6 Disember 2019