Pengalaman pertama melangkah ke sekolah rendah merupakan pengalaman yang cukup indah bagi setiap kanak-kanak. Di dalam 2-3 minggu pertama mereka akan berada dalam minggu transisi, iaitu sebagai minggu untuk membiasakan diri dengan alam persekolahan secara formal.

Murid-murid akan belajar seperti biasa, namun kebiasaanya para guru akan menggunakan modul transisi yang telah disediakan atau dibina sendiri oleh para guru atau Jurulatih utama.

Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan modul transisi tahun 1 ini boleh dapatkan di pautan berikut; Modul Transisi

Modul ini lengkap dengan semua subjek iaitu;

  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Arab
  5. Mewarna
  6. Latihan menulis nombor
  7. Latihan melembutkan tangan

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu memudahkan guru-guru khususnya di tahun 1.