Nazir Juga Akan Tunjuk Cara Mengajar

Salah satu perkara yang ‘mendebarkan’ guru adalah ketika dipantau oleh orang atasan. Sama ada di kalangan pentadbir sekolah, PPD, SISC, JPN dan juga Nazir.

Lebih ‘menakutkan’ lagi pemantauan yang datang mengejut, masuk ke kelas melihat PdPc, walaupun cikgu sudah biasa mengajar, tetapi apabila ada orang memerhatikannya sudah pasti akan rasa sedikit gementar.

Namun sejak kebelakangan ini, perkara ini telah ditambah baik, di mana kedatangan pegawai pemantau bukan lagi bertujuan mencari kesalahan tetapi membantu dan menolong guru dan sekolah.

Menteri Pendidikan juga dalam sesi lawatannya ke SMK Bugaya, Semporna, Sabah turut sama mengambil peluang untuk mempraktikkan PdPc di dalam kelas.

pemantauan nazir

Ini sama seperti apa yang saya tunjukkan di SMK Bugaya, Semporna, Sabah baru-baru ini. Cadangan Jemaah Nazir untuk turut sama mengajar di sekolah adalah selari dengan penyuburan konsep kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati dalam kalangan guru.

Selain itu, tugas Jemaah Nazir bukan untuk membuat penilaian kepada guru semata-mata, sebaliknya membantu guru dengan cara memberi bimbingan dan panduan untuk mereka dapat melaksanakan tugas mengajar dengan lebih berkesan.

Saya amat mementingkan kebajikan guru dan saya percaya dengan kegembiraan ketika melaksanakan tugas, guru-guru kita mampu mengajar dengan lebih baik dan memastikan anak-anak kita mencapai potensi cemerlangan dalam kehidupan.

– Petikan Twitter Menteri Pendidikan

Sebelum ini timbul isu keresahan dari kalangan guru-guru yang sering dipantau oleh pihak atasan sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan mereka.

Kesibukan guru di sekolah menambahkan lagi tahap stress apabila tidak dapat fokus kepada tugas hakiki iaitu mengajar.

Diharap penambahbaikan ini dapat memberikan kelegaan kepada guru-guru sekaligus memberikan suasana bekerja yang gembira kepada mereka.

Tags:

Leave a Reply