Hari raya yang bakal tiba nanti pasti kita akan bermaaf-maafan antara 1 sama lain, maklumlah sudah lama tidak berjumpa sanak saudara, namun bukan semua saudara kita boleh bersentuhan, ada yang bukan mahram dan kita tidak boleh bersalaman dengannya. 
Kadang-kadang kita pun tidak kenal saudara bukan, kalau kita tak hulur tangan mungkin ini tidak berlaku. Oleh itu dalam kita meraikan hari gembira kita, elok lah kita menjaga adab-adab yang telah disyariatkan di dalam Islam. Di bawah disenaraikan panduan orang yang tidak boleh kita salam bagi lelaki dan perempuan.

Bukan Mahram yg tak boleh salam masa raya:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak

Kadang kita terlupa. Nampak macam boleh tapi sebenarnya tak boleh.