Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

permohonan sekolah khusus

Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:

  • Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single
    entry point.
  • Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke
    Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus.
SEKOLAH KHUSUS

TARIKH-TARIKH PENTING PKSK TINGKATAN 1

1. Permohonan dalam talian 07 Sept- 02 Okt 2020 
2. Semakan Pusat PKSK 07-23 Okt 2020 
3. Pelaksanaan PKSK 12-23 Okt 2020 
4. Keputusan Tawaran 15 Jan 2021
5. Pendaftaran 16 Feb 2021
6. Rayuan 15 – 29 Jan 2021

TARIKH-TARIKH PENTING PKSK TINGKATAN 4

1. Permohonan dalam talian  07 Sept- 02 Okt 2020
2. Semakan Pusat PKSK 12 Okt – 06 Nov 2020
3. Pelaksanaan PKSK  26 Okt – 06 Nov 2020
4. Keputusan Tawaran  05 Feb 2021
5. Pendaftaran  23 Feb 2021
6. Rayuan  05 – 19 Feb 2021

ujian sekolah khusus

Permohonan untuk kemasukan boleh di akses
Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

PERSEDIAAN SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN

Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad
Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan
dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM.

permohonan sekolah khusus

Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan
serta beberapa butiran lain yang diperlukan.