Perancangan Strategik Panitia Pendidikan Islam. Kepada guru-guru Pendidikan Islam yang ingin melihat contoh pelan strategik Pendidikan Islam bolehla merujuk contoh di sini. Di dalam Pelan Strategik ini juga terdapat pelan operasi dan pelan taktikal bagi Pendidikan Islam. Pendidikan Islam merupakan Mata Pelajaran yang penting, kerana ia bukan sahaja bertujuan untuk mendidik manusia berjaya di dunia, bahkan ia juga sebagai ilmu yang membentuk sahsiah diri, akhlak dan rohani. selain itu juga, didikan agama sangatlah penting untuk menjadi bekalan dan panduan kita untuk melakukan ibadat, yang mana segala amalan ini akan dihitung di akhirat kelak.
Perancangan Strategik Pendidikan Islam |
Ada segelintir ibu-bapa sekarang yang memandang remeh perkara ini, membiarkan anak tidak pandai solat, membiarkan anak tidak mengaji dan pelbagai lagi. Kini dengan pelaksanaan program jQAF di sekolah rendah sedikit sebanyak membantu anak-anak untuk mendalami Al-Quran, Jawi, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Semoga Pendidikan Islam diperkukuhkan dan program-program agama diteruskan di sekolah rendah dan menengah.
Bagi yang ingin mendapatkan Pelan/Perancangan Strategik Pendidikan Islam bolehlah dapatkan nya di sini, bagi yang ingin melihat Perancangan Strategik bagi subjek lain boleh rujuk: Pelan Strategik Semua | Lihat Juga Buku Rekod Pencapaian Murid JQAF.