Sebagai Penjawat Awam anda sebenarnya layak untuk memohon Pinjaman atau Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar. Kemudahan pinjaman membeli laptop / komputer dari kerajaan ini sebenarnya telah wujud sejak 1992 lagi. Pada pembentangan bajet 2017, Perdana Menteri telah mengumumkan Smartphone juga termasuk di dalam skim ini.
Mungkin ada di kalangan kita yang mampu untuk membelinya secara ‘cash’ sahaja, tidak perlu membuat pinjaman, namun bukan semua orang mampu membelinya secara tunai.
Oleh yang demikian, kerajaan telah menyediakan Skim Pembiayaan ini.
Siapakah Yang Layak Memohon Skim Pinjaman Komputer Ini?
- Mereka yang bergelar Penjawat Awam iaitu Pegawai yang sedang berkhidmat di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan atau Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri.
- Dilantik secara lantikan tetap.
- Telah disahkan dalam perkhidmatan.
- Pegawai Perkhidmatan Awam yang telah membuat pinjaman pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar (Smartphones) ini juga layak membuat permohonan pembiayaan setiap tiga (3) tahun dengan syarat pinjaman yang terdahulu telah diselesaikan.
Berapa Jumlah Pembiayaan
- Maksimum pembiayaan adalah sehingga RM5000.00
Bolehkah kita beli perkara lain dengan RM5000 ini?
Pembelian komputer yang dibenarkan adalah Komputer / Laptop baru beserta perkakasnya. Maksud perkakas ini jika dirujuk di dalam pekeliling ialah seperti:
|
|
|
Oleh yang demikian anda digalakkan membeli laptop beserta perkakasan seperti printer.
Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu unit komputer adalah dibenarkan tetapi bukan dari kategori komputer yang sama.
Pembelian Telefon Pintar (Smartphones)
- Pemohonan untuk membuat pembelian lebih daripada satu unit telefon pintar adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Urus niaga pembelian telefon pintar dan komputer ini hendaklahdilakukan di dalam Malaysia sahaja.
Cara Memohon Pinjaman Komputer Kerajaan 2017
Kepada yang berminat untuk memohon bolehlah mengisi Borang Permohonan Pembiayaan Komputer dan Telefon Pintar.
Borang Permohonan hendaklah disediakan sebanyak tiga 3 salinan dan dikemukakan kepada Bahagian Kewangan Kementerian/Jabatan Pegawai. Rujuk kerani di sekolah / jabatan masing-masing.
Permohonan hendaklah disertakan dengan sebut harga dengan menyenaraikan butiran yang hendak dibeli sama ada diperoleh secara terus atau atas talian (online) adalah diterima.
Secara mudahnya, anda boleh minta mana-mana kedai komputer yang berdekatan untuk mengeluarkan Quotation harga barang-barang yang anda ingin beli.
Pinjaman yang telah diluluskan akan dikreditkan ke akaun bank atau diberi cek.
Cara membayar pinjaman ini adalah melalui potongan gaji. Tempoh bayaran balik pembiayaan adalah tidak melebihi 48 bulan.
Berapa Caj Keuntungan Yang Dikenakan?
Sekiranya anda pinjam RM5000 adakah ada interest / keuntungan yang perlu dibayar?
Ya, seperti juga pinjaman perumahan kerajaan, skim ini juga ada caj keuntungannya, anda boleh rujuk contoh pinjaman RM5000 adalah mengikut jadual pembayaran di bawah:
JUMLAH PEMBIAYAAN | RM5000 | ||
TEMPOH BAYARAN BALIK | HARGA JUALAN | JUMLAH KEUNTUNGAN | ANSURAN BULANAN |
6 BULAN | 5,058.48 | 58.48 | 843.08 |
12 BULAN | 5,109.00 | 109.00 | 425.75 |
18 BULAN | 5,159.88 | 159.88 | 286.66 |
24 BULAN | 5,210.88 | 210.88 | 217.12 |
30 BULAN | 5,262.60 | 262.60 | 175.42 |
36 BULAN | 5,314.32 | 314.32 | 147.62 |
42 BULAN | 5,366.34 | 366.34 | 127.77 |
48 BULAN | 5,419.20 | 419.20 | 112.90 |
Tugas Penerima Pembiayaan Setelah Diluluskan
- Setelah anda telah menerima wang pembiayaan, tugas pertama yang penting adalah anda perlu membeli komputer atau laptop dengan kadar segera.
- Pegawai yang telah diluluskan pembiayaan komputer hendaklah menyerahkan resit, invois bagi komputer atau telefon pintar
(smartphones) yang dibelinya itu kepada pegawai yang meluluskan permohonannya dalam tempoh 30 hari selepas EFT/cek bagi amaun pembiayaan diterima. - Sekiranya pegawai itu gagal mengemukakan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka pembiayaan tersebut dianggap terbatal.
- Pegawai hendaklah membayar keseluruhan amaun pembiayaan yang telah diluluskan berserta amaun keuntungan dalam tempoh 30 hari selepas pembatalan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami Skim Pinjaman Komputer dan Smartphone ini. Untuk rujukan pekeliling dan borang permohonan boleh dapatkan di sini: Borang Pinjaman Komputer dan Smarphone
untunglah kerja kerajaan..
Lebih baik kumpul duit baru beli.
Pinjaman komputer ni secara konvensional atau islamik ?
ada yg islamik
Biasanya…berapa lama proses dari hantar borang…. ke mendapat kelulusan sama ada lulus/gagal
contoh kalau pinjam lima ribu tetapi total laptop, printer dan telefon pintar dalam 3K 2k perlurefubd balik ke?