Sekiranya anda mengikuti Youtube Channel Dr. Maszlee Malik mesti pernah mendengar dan melihat video-video yang dikongsikan beliau. Ia merupakan salah satu medium perkongsian info semasa pendidikan selain di Facebook, Twitter dan Instagram. Anda juga dapat berkomunikasi atau komen di channel beliau.
Antara video yang menarik perhatian adalah bertajuk Q&A Bersama Dr. Maszlee Malik – Aduan mengenai sekolah.
Beliau menjelaskan, begitu banyak aduan yang telah diterima berkenaan keadaan di sekolah. Ada aduan dari telefon, emel, dan juga di sosial media.
Apabila terdapat banyaknya aduan seperti ini, ia menunjukkan seakan-akan PPD tidak efektif atau kurang efisyen.
Beliau juga menjelaskan sekiranya ada 5 aduan berkenaan sekolah di PPD tersebut, Pegawai PPD boleh diambil tindakan.
Beliau berharap PPD akan lebih cekap dan efisyen menjalankan tugas, dan tidak perlu lagi laporan-laporan masalah sampai ke Menteri, kecuali masalah-masalah yang besar.
Kepada yang ingin menonton video tersebut boleh lihat di bawah:
Boleh juga follow Channel beliau di Dr. Maszlee Malik