Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia disambut setiap tahun pada 23 April, mungkin ramai juga di kalangan kita yang baru tahu akan kewujudan hari tersebut. 
Sempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini, pihak Perpustakaan Negara Malaysia bersama dengan Perbadanan Perpustakaan Negeri akan menganjurkan aktiviti “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit“. 
Jom baca 10 Minit
Maklumat berkenaan aktiviti tersebut adalah seperti berikut:

Program: Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
Tarikh: 25 April 2017 (SELASA)
Masa: 11.00 pagi – 11.10 pagi
Peserta: Terbuka kepada semua warga KPM dan sesiasa sahaja yang cintakan buku.
Bagaimana untuk menyertai Program ini?Mudah sahaja, yang penting ada buku, dan ikut langkah di bawah:
1. Bawa buku bersama anda.
2. Baca buku yang anda bawa tadi tepat jam 11.00 pagi (Walaupun masa tu anda tengah mesyuarat, anda boleh baca juga)
3. Rakan gambar aktiviti membaca ini dan hantar 1 foto terbaik ke mbkmmoe@gmail.com sebelum jam 5.00 petang pada hari yang sama. Labelkan foto tersebut dengan nama bahagian atau jabatan anda.
Foto aktiviti yang anda hantar akan dimuat naik ke laman facebook Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan foto yang menerima paling banyak like pada pukul 3.00 petang 27 April akan menerima hadiah misteri.
Kepada pencinta buku, ayuh jayakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini. Hastag #JOMBACA