Home info 1 Daripada 5 Guru Malaysia Alami Masalah Suara

1 Daripada 5 Guru Malaysia Alami Masalah Suara

18
1

Cuba anda bayangkan, seorang penyanyi rakaman yang perlu melontarkan suara dengan lantang untuk konsert berterusan selama 3-4 jam.

Dari isnin sehingga jumaat. Begitulah tugas seorang guru setiap hari!

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Seperti penyanyi profesional, suara merupakan ‘aset’ dan keperluan bagi seorang yang bergelar guru.

Malangnya, aset tersebut tidak dilindungi dan dijaga sehingga mendatangkan mudarat dan kesan negatif kepada guru.

Hasil kajian di negara luar seperti di Brazil menunjukkan 15-89% guru mengalami masalah suara. Di US pula, 11% guru sedang mengalami masalah tersebut dan 58% yang lain pernah mengalami masalah suara.

Bagaimana pula status guru guru di Malaysia?

 

Kajian yang telah di jalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya menunjukkan 1 daripada 5 guru Malaysia mengalami masalah suara.

Jika diterjermahkan kepada jumlah keseluruhan guru-guru di Malaysia (total 421,828), beribu-ribu guru di Malaysia mengalami masalah ini dan satu langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah impak negatif dari masalah tersebut.

Antara masalah suara yang dialami oleh guru guru adalah, hilang suara, suara garau atau serak.

Bukan sekadar suara, masalah suara juga dikaitkan dengan pelbagai masalah lain seperti;

  • Peningkatan ketidakhadiran kerja (mc/cuti)
  • Penurunan kualiti hidup
  • Menjejaskan kesihatan
  • Meningkatkan stress, kemurungan dan keresahan kalangan guru.

Siapakah Yang Lebih Berisiko?

Terdapat beberapa faktor yang telah di kenal pasti menjadi faktor pendorong masalah suara di kalangan guru, antaranya adalah;

Guru Berbangsa Cina
Tidak di ketahui punca dan sebab, kajian menunjukkan guru berbangsa Cina lebih berisiko untuk mengalami masalah suara. Guru India pula paling kurang mengalami masalah suara berbanding guru bangsa lain.

Status Perkahwinan
Apa yang menarik, kajian juga mendapati status perkahwinan turut menjadi faktor risiko masalah suara. Guru yang belum berkahwin, ataupun ibu/ bapa tunggal lebih berisiko untuk mengalami masalah ini. Hal ini mungkin berpunca dari penggunaan nada suara yang lebih tinggi di kalangan kumpulan ini berbanding guru guru lain.

Menurut pengkaji,

“Kami menganggap bahawa ibu atau bapa tunggal berisiko kerana tahap peranan keluarga dan kerja yang tinggi dengan demikian mereka lebih terdedah kepada gangguan/masalah suara”

Faktor risiko lain termasuklah guru yang bertugas dalam tempoh yang lama, bilangan murid yang terlalu ramai, persekitaran yang bising dan fasili bilik darjah yang tidak bersesuaian.

Guru wanita juga lebih berisiko untuk mengalami masalah suara

Kesimpulan.

Berdasarkan kajian yang telah di jalankan, langkah langkah pencegahan perlu di fikirkan dan di laksanakan bagi mengelakkan masalah suara berlaku kerana ia jelas berpunca dari masalah kesihatan perkerjaan .

Guru umpama lilin yang membakar diri sendiri. Lindunginya, agar sinar cahaya ‘lilin’ terus berkilau menerangi minda anak didik.

Sumber: Public Health Malaysia

 

1 COMMENT

  1. Tepat sekali. Ini termasuklah saya sendiri yang hampir setiap hari perlu menjerit hanya untuk mengawal kelas yg muridnya ramai dan terlalu bising dgn persekitaran yg tidak kondusif serta kelas yg tidak selesa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here