Di dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK) yang terbaru terdapat 19 Prosedur Kualiti (PK) yang telah disenaraikan, salah satu daripadanya adalah PK01 Pengurusan Panitia.

Prosuder ini bertujuan memastikan pengurusan panitia dirancang dan diuruskan dengan sistematik supaya Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan Gred Purata Sekolah (GPS) meningkat dan dapat mencapai Indeks Petunjuk Prestasi yang telah ditetapkan.

Di bawah PK01 Pengurusan Panitia ini juga terdapat beberapa lampiran yang telah diberikan, iaitu:

  • Senarai Kandungan Fail Panitia
  • Laporan Pelaksanaan Program Panitia Mata Pelajaran
  • Format Laporan
  • Rekod Pengesanan

Antara 4 item di atas, 3 daripadanya adalah perkara yang kita selalu dengar dan melihatnya, mungkin juga tidak pernah membuatnya, tetapi mengetahui akan kewujudannya.

Namun begitu tidak ramai yang tahu akan adanya Rekod Pengesanan 100% Sukatan Pelajaran Diajar, apakah fungsi borang ini?

Borang PK01/4 ini sebenarnya adalah sebagai takwim sukatan pelajaran yang telah dibahagikan kepada 4 fasa dalam setahun iaitu:

  • Januari – Feb
  • Mac – Jun
  • Julai – Ogos
  • September – November

Guru dikehendaki menggunakan 1 borang untuk 1 mata pelajaran. Caranya adalah dengan merujuk RPT bagi subjek yang anda ajar. Melalui RPT tersebut, anda akan dapat menyusun tajuk yang akan di ajar untuk 1 tahun di dalam borang ini.

Untuk memastikan borang ini muat di isi, anda dinasihatkan menaipnya kerana jika anda tulis tangan mungkin tidak cukup ruang.

Setelah anda berjaya melengkapkan borang ini, anda bolehlah print dan masukkan ke dalam Fail RPH anda. Pada bahagian mana borang ini hendak diletakkan?

Anda perlu meletakkannya selepas bahagian RPT, atau selepas bahagian ‘RPT ini difailkan’. Jika anda menggunakan buku dalam menulis RPH, anda tetap perlu memasukkannya dengan menampal di dalam buku.

Sekiranya anda belum ada borang ini anda boleh dapatkannya di sini iaitu versi 2018: PK01-4 REKOD PENGESANAN

Mungkin ada yang bertanya, adakah perkara ini wajib dimasukkan, sebenarnya ia memang ada di dalam SPSK iaitu selaras dengan kehendak dan ke arah MS ISO 9001:2008. Antara negeri-negeri yang menggunakan SPSK ini adalah seperti Johor dan Selangor.

Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan kepada anda dalam menggunakan Rekod pengesanan ini.