RPT atau Rancangan Pengajaran Tahunan merupakan dokumen penting yang digunakan oleh guru-guru untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Tanpa RPT mungkin akan meyebabkan sukatan pelajaran kita tidak dapat dihabiskan kerana tiada perancangan yang tersusun.
Sebenarnya RPT ini kita boleh buat sendiri, tetapi memerlukan beberapa dokumen penting sebagai rujukan utama iaitu:
- Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
- Buku Teks KPM
- Takwim Persekolahan KPM
- Takwim Peperiksaan KPM
- Takwim Cuti Sempena Perayaan
- Takwim Sekolah
Sekiranya anda belum ada dokumen-dokumen di atas, anda boleh dapatkan terlebih dahulu DSKP yang ada, kerana ia antara bahan utama untuk menghasilkan dokumen ini.
Bagi memudahkan lagi proses untuk membuat RPT anda boleh buat satu team, iaitu buat secara berkumpulan, sebagai contoh, dalam 1 daerah ada 42 sekolah, 1 sekolah buat untuk 1 minggu, maka kita akan dapat RPT 42 minggu.
Saya percaya ramai PPD yang menggunakan kaedah ini, namun memerlukan semangat berpasukan dan panduan yang lengkap untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Tahunan yang terbaik.
Namun begitu, bagi yang tidak sempat untuk membuatnya, kita telah usahakan pengumpulan RPT bagi semua subjek, semua tahun dan semua jenis sekolah, sama ada sekolah menengah atau sekolah rendah.
Kebiasaannya sesebuah RPT mempunyai perkara berikut:
- Minggu
- Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
- Objektif
- Kaedah dan Aktiviti
- Penilaian
- EMK
Walaubagaimanapun tidak semestinya perlu mengikut panduan ini, kerana ada juga yang tidak menyenaraikan aktiviti dan kaedah pengajaran, dan mungkin juga ada yang lebih details lagi daripada yang ini.
Koleksi Rancangan Pengajaran Tahunan RPT
PraSekolah
- Bahasa Melayu
- Matematik
- Pendidikan Islam
- Bahasa Inggeris
Sekolah Rendah
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Muzik
- Bahasa Arab
- Pendidikan Seni Visual
- Teknologi Maklumat Komunikasi
- Sejarah
Sekolah Menengah
- Semua Subjek
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Sains
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Muzik
- Bahasa Arab
- Pendidikan Seni Visual
- Teknologi Maklumat Komunikasi
- Sejarah
- Ekonomi Asas
Setiap RPT akan dikemaskini dari masa ke semasa, sekiranya anda mempunyai RPT yang ingin dikongsikan boleh hantar ke pendidik2u@gmail.com dan jika ingin memohon RPT yang tidak disenaraikan boleh maklumkan ke Facebook Pendidik2u.
Kita ucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi menyumbang Rancangan Tahunan mereka, semoga dikurniakan limpahan rahmat dan rezeki yang banyak dan bermanfaat.
Kebanyakkan dokumen yang dimasukkan adalah dalam bentuk word, dan anda boleh edit bagi memastikan ia sesuai dengan takwim sekolah anda dan kehendak PPD di tempat anda.
Anda digalakkan untuk bookmark page ini, bagi memudahkan anda untuk mencarinya selepas ini. Jangan lupa juga untuk share di Facebook Group, Telegram, dan Whatsapp.
Semoga perkongsian RPT ini sedikit sebanyak akan turut meringankan bebanan tugas guru dan memudahkan urusan kita dari masa ke semasa.
GOOD
hooom……………..
qwertyuiop
nononononononono…….