Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan sebagai Penyelia dan Guru di Sekolah Dalam Hospital (SDH). Sehubungan dengan itu, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Bahagian/Jabatan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Pegawai yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan dan dokumen berkaitan ke SDH melalui sistem eg-Tukar Kementerian Pendidikan Malaysia. Hanya calon yang memenuhi kriteria tapisan akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.

Ramai bertanya bagaimana cara untuk memohon Sekolah Dalam Hospital (SDH), ada dari kalangan guru dan ada juga dari kalangan bukan guru.

Pertama sekali perlu difahami, jawatan ini dibuka kepada mereka yang telah menjadi guru sahaja, bagi mereka yang bukan guru tidak layak untuk memohon.

Cara memohon adalah melalui sistem e-Gtukar, iaitu sistem bagi pertukaran guru:
https://epgo.moe.gov.my/

Berikut merupakan senarai Sekolah Dalam Hospital yang mempunyai kekosongan:

RUJUK: SURAT IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN

1. SYARAT – SYARAT UMUM

1.1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);
1.2. Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (PBPPP) sekurangkurangnya 85% dan ke atas bagi tahun 2020, 2021 dan 2022;
1.3. Bebas daripada tindakan tatatetertib;
1.4. Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun; dan
1.5. Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan.

2. SYARAT – SYARAT KHUSUS

2.1. Jawatan Penyelia dibuka untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Gred DG44/DG48 Khas Untuk Jawatan (KUJ) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD KPM dan mempunyai kelulusan sekurangkurangnya ljazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan;
2.2. Jawatan Guru dibuka untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/42/DG44 Khas Untuk Jawatan (KUJ) yang sedang berkhidmat di Bahagian/JPN/PPD KPM dan mempunyai kelulusan sekurangkurangnya ljazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan;
2.3. Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik.

3. KAEDAH PERMOHONAN

3.1. Semua permohonan pertukaran MESTI melalui sistem eg-Tukar Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.2. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui sistem eg-Tukar Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. LAIN -LAIN

4.1. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Pendidikan Model Khas dan Orang Asli di talian 0388849443 atau 0388830672.
4.2. Hanya pegawai yang telah berjaya melalui eg-Tukar sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

SUMBER: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia