Senarai Kursus dan Webinar Yang Boleh Disertai Guru

Seperti mana yang kita sedia maklum, kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, dan perlu terus berada di rumah sehingga ianya diumumkan tamat.

Sepanjang tempoh PKP ini ramai yang mengambil peluang untuk menyertai beberapa kursus secara atas talian (online webinar), kursus pembacaan dan soal jawab kuiz dan sebagainya.

Kursus-kursus ini sebenarnya kita boleh masukkan dalam SPLKPM, ia akan dikira sebagai mata kredit.

Untuk menyertai kursus atau webinar ini, anda seharusnya memerlukan capaian internet yang stabil dan laju terutamanya apabila menonton webinar secara online.

Ramai yang tanya apakah kursus-kursus yang boleh disertai bagi menambah mata kredit di dalam SPLKPM?

SENARAI KURSUS DAN WEBINAR YANG BOLEH DISERTAI SEMASA PKP

 

  1. Hemah Bicara Hemat Belanja (KPM) – Anjuran AKPK, anda akan diberikan Sijil setelah selesai, untuk menyertainya sila ke:
  2. Rumahku – Anjuran AKPK,RUMAHKU adalah modul online khas yang bertujuan membantu bakal pembeli rumah pertama membuat perancangan kewangan yang bijak. Untuk menyertainya boleh ke: https://learn.akpk.org.my/courses/rumahku/
  3. Let’s Break the Chain of COVID-19 Infection – MBRU, untuk menyertainya boleh ke: https://learn.mbru.ac.ae/courses/covid19
  4. Kursus EPSA – Terdapat banyak kursus yang ditawarkan di EPSA, yang mana merupakan portal e-pembelajaran untuk penjawat awam. Layari: https://www.epsa.gov.my/
  5. Microsoft Education – Di sini anda boleh sertai pelbagai kursus yang disediakan oleh Microsoft, anda juga boleh kumpul mata dan mendapatkan sijil dari Microsoft. Untuk menyertainya sila daftarkan diri anda di: https://education.microsoft.com/en-us
  6. Digital Classroom Malaysia – Digital Classroom Malaysia banyak webinar secara online, anda boleh ikuti kursus yang telah mereka buat secara live dan webinar yang telah lepas di Channel Youtube: Digital Classroom
  7. eDidik Malaysia – Di sini juga anda boleh ikuti kursus / bengkel yang telah disediakan oleh mereka, boleh sertai telegram: eDidik Malaysia
  8. Google Education – Di sini anda boleh pelajari pelbagai ilmu berkenaan pendidikan khusus untuk pendidik, boleh layari: https://teachercenter.withgoogle.com/?hl=ms
  9. Cikgootube: Di sini anda boleh ikuti webinar yang disediakan oleh Team Cikgootube, sesi pembelajaran ini juga boleh didaftarkan di SPLKPM. Boleh subscribe Youtube Channel : Team Cikgootube

Tidak semua kursus diterima masuk ke dalam SPLKPM, namun jika anda ingin menambah ilmu pengetahuan bolehlah menyertainya.

Contoh sijil akpk guru

Di atas merupakan beberapa kursus atau webinar yang boleh anda sertai, selain daripada di atas anda juga boleh menonton webinar yang telah disediakan di dalam SPLKPM, dan perlu sediakan ulasan berdasarkan video yang anda fahami.

3 thoughts on “Senarai Kursus dan Webinar Yang Boleh Disertai Guru”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top