Pekeliling dan surat siaran merupakan dokumen rasmi yang perlu difahami dan disimpan untuk rujukan. Di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terdapat banyak jenis pekeliling. Pekeliling KPM ini sebenarnya penting terutamanya kepada guru, tambahan ia ada kaitan dengan tugas guru khususnya.

Setiap tindakan perlu merujuk pekeling atau surat siaran yang dikeluarkan. Apakah semua perkara kena rujuk pekeliling?

Pekeliling KPM

Sekiranya sesuatu perkara itu ada disebut di dalam pekeliling maka menjadi keperluan untuk kita mematuhinya, namun ada juga perkara yang tidak ada di dalam pekeliling, jadi ikutlah kebijaksanaan pentadbir dengan mengambil pendapat guru-guru untuk mendapatkan kata putus.


Dimanakah untuk kita dapatkan pekeliling ini? Sebenarnya bukan semua pekeliling kita perlu tahu, cukup sekadar mengetahui pekeliling yang berkaitan dengan tugas kita sahaja. Pekeliling dan surat siaran ni ada banyak jenis.
Di bawah KPM terdapat pelbagai jenis pekeliling seperti berikut:
Pekeliling Ikhtisas
Pekeliling Kewangan
Pekeliling Biasiswa
Pekeliling ICT
Pekeliling Perolehan
Pekeliling Jabatan
Pekeliling Perkhidmatan
Pekeliling Am
Pekeliling Pembangunan Insfrastruktur

Rujuk Senarai Pekeliling di: Pekeliling KPM

Banyak pekeliling yang ada di bawah KPM, namun kita hanya perlu tahu atau simpan yang berkaitan sahaja seperti:

Pekeliling RPH
Pekeliling Pakaian Penjawat Awam
Pekeliling KSSR
Pekeliling KSSM
Pekeliling SKPMg2
Pekeliling Prasekolah
Pekeliling Disiplin
Pekeliling Cuti
Pekeliling Bekerja 5 Hari
Pekeliling Gaji
Pekeliling Cuti Kuarantin Penyakit Berjangkit
Pekeliling Cuti Bersalin
Pekeliling Keselamatan Murid Pergi dan Balik
Pekeliling Keselamatan Semasa Pendidikan Jasmani

Ini hanya sebahagian sahaja pekeliling yang disenaraikan, terdapat banyak lagi pekeliling atau surat siaran yang ada.

Kenapa banyak sangat pekeliling ni? Semua benda nak kena ikut pekeliling?



Pasti ramai yang kadang-kadang rimas dengan perkara ini. Sebenarnya dengan adanya pekeliling ini ia menyokong segala tindakan yang kita lakukan.

Sebagai contoh, anda terpaksa memohon cuti menjaga anak, kebetulan pula anak anda menghidapi penyakit berjangkit, ada tak pekeliling untuk menjaga anak ini? Ya, ada anda boleh rujuk pekeliling menjaga anak sakit berjangkit. Dengan adanya pekeliling ini, anda boleh memohon dan Ketua Jabatan perlulah memberi kelulusan.

Seeloknya pekeliling yang berkaitan dengan anda, disimpan dengan baik di dalam Fail Peribadi Guru.

Namun begitu, ada juga pekeliling yang sudah tidak relavan, dan memerlukan semakan semula untuk penambahbaikan. Apapun sama-sama kita bertindak bijak dalam melaksanakan tugas, khususnya sebagai seorang guru, mendidik, mengajar, menjaga, dan dalam masa yang sama sebagai kerani untuk diri sendiri.