Kongsikan Soalan UPSR 2016 kepada murid, ia antara langkah meningkatkan kemahiran murid menjawab soalan adalah dengan membuat latihan menjawab soalan-soalan lepas. Guru-guru boleh memberikan murid-murid Soalan UPSR 2016 yang sebenar, untuk memastikan mereka faham bentuk dan format soalan. Ini penting agar murid tidak terkejut dengan soalan yang mereka terima.
Mengapa perlu menjawab Soalan UPSR 2016?
- Kerana format baru bermula pada 2016.
- Soalan yang mempuyai aras yang tinggi.
- Sebagai soalan rujukan yang paling mudah dan tepat.
- Selaras dengan standard kandungan.
- Mempunyai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sebenar.
Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan Kertas Soalan UPSR 2016 boleh dapatkan di sini, muat turun:
- Bahasa Melayu Pemahaman
- Bahasa Melayu Penulisan
- Matematik Kertas 1
- Matematik Kertas 2
- Sains Kertas 1
- Sains Kertas 2
- Bahasa Inggeris Pemahaman
- Bahasa Inggeris Penulisan
Seperti mana yang kita sedia maklum, jumlah kertas untuk UPSR adalah 6, kerana Bahasa Inggeris dipecahkan (Pemahaman dan Penulisan) sebelum ini hanya 5. Pada peringkat awal dulu hanya 4 iaitu sebelum Mata Pelajaran Sains dijadikan subjek teras dan dimasukkan ke dalam UPSR.
Selain Soalan UPSR 2016, kita juga boleh memberi latihan murid menjawab Soalan Percubaan UPSR 2016, kerana soalan ini juga menggunakan Format Baharu UPSR. Ia juga berbeza mengikut negeri, oleh itu anda boleh dapat koleksi soalan latih tubi yang banyak.
Tips Ringkas UPSR
- Buat senarai semak soalan yang telah dijawab.
- Analisis soalan yang murid selalu salah.
- Buat latihan berfokus berdasarkan topik.
- Perbincangan dalam kumpulan.
- Dapatkan contoh-contoh soalan ramalan dan klon UPSR di pasaran.
- Beri latihan kepada murid dengan menggunakan format dan bentuk UPSR terkini.
- Beli buku-buku rujukan dan latihan yang terkini yang menggunakan format dan standard kandungan yang terkini, dicadangkan Set Latihan UPSR BH Didik.
Tidak dinafikan guru-guru di sekolah khususnya yang mengajar tahun 6, akan memberi 100% komitmen terhadap murid. Pelbagai program peningkatan dijalankan seperti kelas tambahan, bengkel menjawab soalan, Klinik UPSR, Program Pecutan UPSR, program motivasi dan sebagainya.
Semoga usaha guru-guru di sekolah dihargai dan diberkati.
Diharap perkongsian Soalan UPSR Sebenar 2016 ini dapat membantu anda meningkatkan lagi pencapaian murid dalam UPSR tahun ini. Kongsikan dengan menekan butang share di bawah.
Bahasa Melayu Pemahaman?
Susahlah