Hari ini murid-murid di Sekolah Kebangsaan telah tamat menduduki peperiksaan penting iaitu UPSR, dan bagi murid SJKC dan SJKT masih ada 1 kertas lagi pada 18hb 2017 ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua guru yang bertugas menjadi pengawas yang menjalankan amanah dengan baik. Di sini admin ingin kongsikan Kertas Soalan UPSR 2017 yang telah dikumpulkan dalam bentuk PDF setelah berusaha untuk scan secara berperingkat.
Kesemua kertas soalan UPSR mempunyai 8 Kertas, tidak termasuk kertas Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Memandangkan proses scan mengambil masa, jadi kita buat secara berperingkat.
Sebenarnya para guru mungkin sudah melihat soalan-soalan ini dari murid atau Guru Besar yang menerima soalan setelah tamat UPSR.Walaubagaimanapun kita usahakan untuk buat simpanan di Bank Soalan UPSR, supaya dokumen ini lebih selamat dan mudah untuk dicari semula. Kepada yang berminat boleh dapatkannya di bawah.
Koleksi Soalan UPSR 2017
- Bahasa Melayu Pemahaman
- Bahasa Melayu Penulisan
- Bahasa Inggeris Pemahaman
- Bahasa Inggeris Penulisan
- Matematik Kertas 1
- Matematik Kertas 2
- Sains Kertas 1
- Sains Kertas 2
(Proses upload akan dijalankan secara berperingkat)
Mungkin para guru sudah tidak sabar untuk meneliti soalan dan mengira markah murid secara sendiri di peringkat sekolah. Kebiasaanya guru sudah boleh membuat anggaran terutamanya bagi soalan objektif. Itupun jika murid ada menanda jawapan pada kertas soalan mereka.
Namun begitu untuk soalan subjektif seperti BM Penulisan, BI Penulisan, Matematik Kertas 2, dan Sains Kertas 2 agak sukar untuk diramal.
Ada juga yang berpendapat jangan bincang soalan dengan murid, kerana dibimbangi akan menjatuhkan semangat mereka, terutamanya yang di SJKC dan SJKT yang masih ada lagi peperiksaan.
Soalan-soalan ini penting untuk rujukan para guru, terutamanya bagi tahun hadapan. Ia boleh dijadikan latihan untuk murid tahun 6, sebagai gambaran kepada peperiksaan sebenar nanti.
Selepas anda download soalan di atas, anda boleh print dan masukkan ke dalam fail, atau boleh simpan di dalam laptop sahaja. Jika hilang, jangan bimbang anda boleh cari di pendidik2u, kerana admin akan terus kekalkannya. Sila bookmark link ini untuk rujukan akan datang.
Selain dari soalan sebenar UPSR 2017, anda juga boleh dapatkan soalan tahun lain seperti:
UPSR sebenar nya bukanlah penentu kepada masa depan murid, namun begitu ia penting sebagai langkah awal untuk mendapatkan tempat di peringkat Sekolah Menengah, seperti MRSM, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sebagai guru dan ibu bapa haruslah terus memberikan semangat kepada murid untuk terus belajar, jika tidak dapat A tidak mengapa, jangan berputus asa, perjalanan masih jauh lagi untuk ditempuhi.
Semoga perkongsian Soalan UPSR 2017 Sebenar ini dapat membantu anda, sama ada guru atau ibu bapa dalam membantu meningkatkan prestasi anak-anak di sekolah. Sila Like Page Pendidik2u dan Follow Telegram Pendidik2u sebagai tanda sokongan anda. Terima Kasih.
It’s nice
Terima kasih.
666
y