Soalan Bahasa Melayu merupakan kertas wajib yang ada di dalam UPSR. Ia merupakan subjek bahasa utama yang mesti di ambil oleh semua calon.
BM mempunyai 2 kertas yang berasingan iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan.
Adakah ia mata pelajaran yang sukar?
Sebenarnya, ia bukanlah subjek ‘killer’ namun tidak semua orang mendapat A bagi kedua-dua kertas ini.
Di sini admin ingin kongsikan Soalan UPSR Bahasa Melayu 2016 yang boleh didapati di bawah:
- Pemahaman
- Penulisan
- Koleksi Soalan UPSR 2016 Semua Subjek
- Rujuk Juga Soalan Percubaan UPSR 2017 Seluruh Negeri
UPSR Format Baharu 2016
Murid-murid disarankan untuk menjawab soalan sebenar tahun 2016 kerana tahun lepas bermulanya format baharu.
- Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
- Sebagai soalan rujukan dan gambaran sebenar.
Mengapa ramai yang tidak dapat Skor A di dalam BM?
Bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda bagi Bangsa Melayu, sepatutnya boleh dapat A, namun tidak semudah itu.
Antara faktor-faktor kelemahannya adalah:
- Tidak menguasai tatabahasa dengan baik.
- Tidak menguasai semua format karangan.
- Kelemahan memahami teks.
- Tidak faham kehendak soalan.
- Tiada pendedahan dan latihan menjawab soalan KBAT.
Berdasarkan tinjauan daripada guru-guru ramai murid yang lemah dalam penulisan karangan.
Mungkin kerana kurang latihan dalam membuat karangan.
Para guru boleh memberikan contoh karangan terbaik UPSR kepada murid untuk bacaan dan rujukan murid.
Dengan banyak membaca ia mampu meningkatkan kemahiran menulis. Mereka juga digalakkan membaca surat khabar, buku dan majalah ilmiah bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta dapat menguasai teknik penulisan karangan yang baik.
Pastikan murid dapat menguasai semua format penulisan karangan seperti, format surat kiriman rasmi dan tidak rasmi, karangan berbentuk laporan, dialog, cerita dan sebagainya.
Kesalahan format menyebabkan kehilangan markah yang cukup besar, ini amatlah merugikan.
Untuk rujukan penulisan karangan yang baik boleh rujuk di: Panduan Penulisan Karangan.
Sebelum menjawab soalan pastikan membaca semua arahan soalan, pilih tajuk yang anda faham dan mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya. Sebagai contoh, anda tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang perayaan kaum cina, jadi anda tidak perlu menjawab soalan karangan tersebut. Cuba buat pilihan lain.
Bagi soalan pemahaman pula, memahami teks adalah perkara yang paling penting. Soalan sekarang ini memerlukan kemahiran berfikir, jika salah memahami soalan akan menyebabkan kesilapan menjawab soalan.
Pastikan menyemak semua soalan sebelum masa ujian tamat.
Semoga perkongsian Soalan UPSR BM ini dapat membantu anda dalam meningkatkan kemahiran murid menghadapi UPSR yang bakal tiba.
Salam,
Bila saya download Soalan UPSR Bahasa Melayu 2016 Pemahaman, kertas soalan english – pemahaman yang dipaparkan. Boleh tak admin tolong perbetulkan url file tersebut.
Terima kasih
wslm, terima kasih atas makluman, sudah dibetulkan..