Memandangkan ada di kalangan kita yang telah berjaya dalam proses permohonan eGtukar, namun memerlukan penangguhan untuk melapor diri atau memulakan tugas di sekolah baru.

Terdapat beberapa situasai yang berlaku antaranya adalah, tidak dapat melapor diri kerana kekangan masa dan berada di luar kawasan seperti di seberang laut, dan yang kedua, telah melaporkan diri, tetapi memohon penangguhan untuk mula bertugas kerana ingin menyelesaikan beberapa urusan di sekolah lama.

Walau apa pun keadaan atau situasi yang anda alami, anda perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada pentadbir sekolah baharu anda, sama ada dengan menelefon dan disertakan dengan surat permohonan. Ada juga yang mencadangkan hanya sekadar menelefon sahaja sudah memadai, namun sebagai rekod kita juga perlu memastikan surat rasmi penangguhan ada dibuat.

Berikut adalah contoh surat penangguhan lapor diri yang boleh anda jadikan contoh:

https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2019/06/Surat-Penangguhan-Lapor-Diri.pdf

Tekan butang ⇓ untuk muat turun.

Anda juga dinasihatkan untuk melaporkan diri terlebih dahulu, dan minta jasa baik Guru Besar /  Pengetua untuk memberikan anda penangguhan memulakan tugas di tempat baru.

Kebiasaannya anda akan diberi tempoh 1 minggu, dan sekiranya anda bernasib baik mungkin akan dapat 2 minggu bergantung kepada kesulitan yang anda alami.

Anda juga boleh senaraikan sebab-sebab penangguhan anda seperti:

  • Menyelesaikan tugas-tugas rasmi di sekolah lama.
  • Membuat penyerahan Nota Serah Tugas.
  • Menyelesaikan urusan pertukaran sekolah anak-anak.
  • Lain-lain yang dirasakan sesuai.

Anda juga boleh melampirkan surat kelulusan pertukaran dari JPN atau PPD sebagai dokumen tambahan. Ini kerana, ada sesetengah sekolah yang menerima surat yang agak lewat, sedangkan kita telah pun menerimanya.

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam meyelesaikan proses pertukaran anda. Tahniah dan semoga akan terus cemerlang dan berjaya di tempat baharu. Sila Share.