Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan 2020 yang meliputi Kumpulan A dan Kumpulan B. Ia digunakan sebagai panduan kepada semua rakyat Malaysia khusunya para guru, ibu-bapa dan murid-murid untuk merancang sesi persekolahan pada tahun hadapan.
Takwim ini merupakan jadual persekolahan berserta cuti sekolah yang telah disusun mengikut kesesuaian bagi tahun 2020 mengikut kumpulan A dan Kumpulan B.
Bagi yang bekerja sebagai guru memang sudah biasa dengan kumpulan A dan B ini. Namun, bagi orang awam mungkin berlaku sedikit kekeliruan terutamanya apabila melibatkan cuti umum dan kelepasan am.
Baiklah secara mudahnya untuk memahami kumpulan ini adalah seperti berikut:
Kumpulan A: Negeri yang cuti pada Jumaat dan Sabtu iaitu Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B: Negeri yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad iaitu negeri SELAIN Kedah, Johor, Kelantan dan Terenggan
Antara perkara penting yang diambil kira ialah, cuti pertengahan pengggal pertama, cuti pertengahan tahun, cuti pertengahan penggal kedua dan cuti akhir tahun.
Jadual persekolahan 2020 ini juga dibuat setelah mengambil kira beberapa perayaan besar negara seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Tahun Baru Cina, Perayaan Deepavali dan beberapa perayaan lain di Sabah dan Sarawak seperti Hari Gawai, Hari Kaamatan dan sebagainya.
Takwim ini juga akan dijadikan panduan kepada guru-guru khususnya barisan pentadbir dalam membuat perancangan tahunan sekolah.
Antara perkara penting yang perlu dimasukkan dalam Takwim Sekolah adalah seperti tarikh peperiksaan, Hari Sukan, Mesyuarat PIBG, aktiviti sekolah, dan menyusun latihan dalam perkhidmatan / kursus.
Penggal Persekolahan 2020
Penggal Pertama
Kumpulan A | 01.01.2020 | 21.05.2020 |
Kumpulan B | 02.01.2020 | 22.05.2020 |
Penggal Kedua
Kumpulan A | 07.06.2020 | 19.11.2020 |
Kumpulan B | 08.06.2020 | 20.11.2020 |
Kementerian Pendidikan juga telah menetapkan cuti sekolah 2020 iaitu pada ketetapan dalam Takwim berikut:
Versi Pdf boleh dimuat turun di dalam Telegram : https://t.me/pendidik2u/2473
Pihak sekolah boleh membuat perancangan awal untuk merangka Takwim Sekolah masing-masing, perkara yang diperlukan adalah:
- Takwim Persekolahan 2020
- Kalendar 2020
- Takwim Tarikh Peperiksaan 2020
- Cuti Umum Mengikut Negeri 2020
- Cuti Sempena Perayaan 2020
Semoga info dan maklumat ini dapat dikongsikan bersama, terutamanya kepada pihak sekolah dan guru-guru serta ibu bapa yang ingin merancang perjalan tahun hadapan. Perancangan yang baik dan sistematik dapat meningkatkan lagi mutu kerja kearah lebih baik dan efisen.