Semalam ramai yang mengatakan mereka telah menerima emel dari helpegtukar.moe@1govuc.gov.my yang disertakan maklumat kad pengenalan, id pengguna dan kata laluan egtukar. Emel tersebut seperti berikut;
Sila Gunakan Kata Laluan Berikut Untuk Masuk Ke DalamĀ Sistem e-Gtukar. Sila Log in pada Menu Profil Login.
Sila Cetak / Simpan Maklumat Ini Untuk Digunakan bagi Sesi Berikutnya. Maklumat Ini Adalah Rahsia.
Kerahsiaannya Adalah Di Bawah Tanggungjawab Anda.
No.Kad Pengenalan: xxxxxxxxxxxx
Login ID: xxxxxxx
Kata Laluan: xxxxxxx
Ramai juga yang terkejut, bagaimana ia boleh dihantar kepada para guru. Ada juga yang tidak pernah pun mengisi atau mendaftar di egtukar tetapi turut menerima emel tersebut. Terdapat juga yang menyangka ia adalah kerja scammer..
Sebenarnya, yang dapat maknanya emel anda betul dalam eoperasi, ia dihantar oleh
helpegtukar.moe@1govuc.gov.my
MyGovUC adalah perkhidmatan komunikasi dan kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU. Perkhidmatan ini menggabungkan saluran-saluran komunikasi e-mel, persidangan video dan audio, instant messaging serta Sistem Pengurusan Identiti. Selain itu, perkhidmatan ini turut menyediakan kemudahan perkongsian maklumat melalui Portal Kolaboratif dan portal maklumat awam melalui Portal MyGovUC.
MyGovUC dijamin selamat untuk digunakan yang mana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.
MyGovUC adalah sebahagian daripada perkhidmatan sistem cloud kerajaan yang diletakkan di dalam Pusat Data Sektor Awam yang menggunakan perkhidmatan rangkaian MyGov*Net
Oleh yang demikian anda tidak perlu bimbang mengenai hal ini.